Apakah Peranan Al-Quran Untuk Mengwujudkan Keluarga Yang Bahagia?

Untuk artikel kali ini kami akan mengupas sedikit tentang peranan sebenar Al-Quran untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.

Seperti yang kita tahu, Al-Quran adalah Kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ianya mengandungi petunjuk menerangi jalan-jalan kehidupan dan membimbing seseorang insan kepada jalan yang lurus. 

Seseorang muslim itu tidak dibiarkan hidup di dunia begitu sahaja melainkan Allah SWT telah menyediakan panduan yang lengkap.

Ketika Nabi SAW berusia 40 tahun Al-Quran beransur-ansur diturunkan bermula 17 Ramadan bermula wahyu ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

Tujuan Kalamullah diturunkan kepada manusia adalah bertujuan untuk memenuhi tiga sebab utama iaitu:

Petunjuk Kepada Manusia

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk dan hidayah bagi seluruh umat manusia.

Kita perlu selalu meneliti hubungan kita dengan Al-Quran.

Apakah kita merujuk kepada Al-Quran ketika mencari panduan dan hidayah Allah mengharungi kehidupan kita?

Contohnya, dalam konteks rumahtangga urusan mencari pasangan tentunya memerlukan kriteria tertentu calon yang bagaimana yang perlu dicari.

Seterusnya dalam urusan pergaulan keluarga, bagaimana cara hidup dengan baik antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak.

Sebagai ibu bapa, kita semua mahu anak-anak berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sebagai ibu bapa kita mahu anak-anak yang baik peribadinya, ibadatnya, akhlaknya dan bijak bergaul dengan orang lain selain berjaya di dunia dan akhirat.

Semua harapan dan impian ini tersimpan dalam penghayatan dan pengamalam Al-Quran yang dibiasakan dalam rumahtangga.

Bukalah Al-Quran tentunya akan ada panduan untuk setiap persoalan dalam kehidupan kita.

Bukti Kebenaran Ajaran Islam

Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa hidup akan teguh (istiqamah) jika berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW yang maksudnya:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu yang jika kamu sesat selepasku selama-lamanya (iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Al-Quran seperti disebutkan adalah lengkap dari segi aqidah, ibadat dan akhlak, undang-undang, ekonomi dan politik.

Perlu diketahui bahawa Al-Quran adalah sumber maklumat bagi menjelaskan segala-galanya.

Lebih-lebih lagi di dalam perkara-perkara yang berhubungkait urusan manusia di dalam kehidupan mereka di dunia dan juga di akhirat.

Pembeza Antara Yang Benar Dan Salah

Orang yang mengamalkan Al-Quran akhlaknya berbeza dari yang tidak beriman.

Sikap atau peribadi seseorang muslim yang mengamalkan islam akan dapat dilihat dengan perbuatan yang positif berbanding mereka yang meninggalkannya.

Suami akan menjalankan tanggungjawabnya dan begitu juga isteri akan mentaati suaminya.

Ibu bapa juga akan menunaikan amanah mengasuh dan mendidik akhlak anak.

Begitulah jika Al-Quran itu dipatuhi ajarannnya.

Ibu bapalah yang harus menjadi contoh kepada anak-anak.

Kesimpulannya, Al-Quran mempunyai banyak rahsia yang perlu dirungkai dan hikmah yang tinggi.

Ia diturunkan kepada munusia untuk menjadikan arah tuju hidup manusia itu berjaya dunia dan akhirat.

InsyaAllah hanya dengan mengamalkan Al-Quran kita akan nampak kebenaran islam itu dan akan membezakan kehidupan kita dari yang tidak beramal.

Daftar sekarang kelas mengaji! Benda baik jangan bertangguh. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’.  Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu. Surah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian