Apakah Perbezaan Iqra Dan Qiraat?

Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan tentang 2 silibus belajar Al-Quran yang terkenal iaitu Iqra dan Qiraat.

Sebenarnya banyak silibus yang digunakan bagi mempelajari Al-Quran sepanjang sejarah.

Namun terdapat 3 silibus yang popular di Nusantara Khususnya di Malaysia iaitu Muqaddam, Iqra dan Qiraati.

Tapi ramai yang tidak dapat membezakan Iqra dan juga Qiraati.

Qiraat

Qiraat bermaksud ‘bacaanku’.

Telah diasaskan oleh Kiyai Dahlan Salim Zarkasyi pada tahun 1963 di Indonesia.

Beliau mengasaskan silibus Qiraati ini kerana beliau nampak kanak-kanak yang belajar Al-Quran di pondok Nusantara tidak mahir membaca Al-Quran.

Terdapat 10 jilid buku Qiraatiini dan sekarang hanya 5 jilid selepas diperkemaskan.

Kemudian, Qiraati diperkenalkan dalam Malaysia pada tahun 1919 oleh Ustaz Mohamad Masruh bin Ahmad.

Qiraati ini lebih mudah dipelajari berbanding Muqaddam walaupun tanpa mengeja.

Pelajar dapat mengenal huruf hijaiyah dengan mudah sekali.

Iqra

Iqra pula bermaksud ‘bacalah’.

Diasaskan oleh Kiyai Haji As’ad Humam yang merupakan Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musolla Yogyakarta.

Beliau sebelum ini mengajar Al-Quran menggunakan Muqaddam.

Kemudian beliau menggunakan Qiraati selama 3 tahun.

Namun beliau merasa ada kekurangan pada silibus Qiraati.

Oleh itu, beliau mengasaskan silibus baru yang dikenali sebagai Iqra.

Iqra mempunyai 6 jilid dan disatukan dalam 1 naskhah.

Penyusunannya kebih kurang macam Qiraati.

Yang membezakan Qiraati dan Iqra hanyalah Iqra menggunakan khat Rasm Uthmani serta menekankan aspek Tajwid.

Alhamdulillah, dah tak keliru lagi.

Artikel menarik: Al-Quran Dirumikan Menggunakan Abjad Roman/Latin ‘Haram’ Digunakan

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian