Apakah Perbezaan Nun Mati Bertanda Dengan Yang Tidak Bertanda?

Saya percaya masih ramai yang terkeliru dengan Nun mati yang ditulis tandanya dengan yang tidak ditulis. Adakah cetakan yang salah?

Sebenarnya ada sebab tertentu mengapa ditulis begitu.

Ramai yang tahu, tetapi masih ramai juga yang keliru.

Para ulama telah lama sedar ramai yang menghadapi masalah untuk menghafal hukum-hukum tajwid ini.

Disebabkan itu ulama telah mengemukakan satu kaedah untuk memudahkan kita mengenal hukum-hukum tersebut walaupun tidak menghafalnya.

Terdapat dua inisiatif yang diambil untuk memudahkan kita :

  1. Dikekalkan tanda sukun di atas huruf Nun dalam Al-Quran. Maknanya selepas itu adalah huruf Izhar.

Jika anda tidak menghafal enam huruf Izhar sekalipun, anda tetap akan bunyikan mana-mana Nun mati dalam Al-Quran dengan bacaan Izhar apabila tanda matinya ditulis.

Contohnya :

Namun, jika Nun tidak ditulis tanda matinya, selepasnya adalah huruf Ikhfa’ ataupun huruf Idgham.

Contohnya :

Kesimpulannya, sekarang ini telah wujud lebih banyak inisiatif untuk memudahkan kita mengecam hukum tajwid.

Lebih mudah, sekarang sudah banyak Al-Quran yang berwarna untuk memudahkan pembaca mengetahui siap sudut dalam Al-Quran.

Ini amat berguna agar kita bersemangat untuk membaca Al-Quran setiap hari.

Nak belajar mengaji? mari sertai kami di Celik Al-Quran sekarang !

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian