Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Tujuh Huruf’?

Mungkin kita pernah mendengar tentang ‘tujuh huruf’ ini. Jumhur ulama mengungkap ini sebagaimana yang boleh ditemui dalam Surah al-Hijr : 87.

Ungkapan ini dapat dilihat dalam hadis Rasulullah SAW dan pastinya tujuh huruf ini tiada kaitan dengan surah al-Fatihah tetapi keseluruhan Al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW : “Malaikat Jibril telah membacakan Al-Quran kepadaku dengan satu huruf. Kemudian aku kembali lagi kepadanya, maka aku meminta supaya Allah menambahkan lagi. Lalu Allah menambahkan lagi bagiku sehinggalah tujuh huruf”.

(Riwayat Bukhari)

Pendapat Ulama Tentang Maksud Tujuh Huruf

Menurut Dr. Fadhl Hasan Abbas pendapat kumpulan pertama lebih kuat.

Namun tidak salah untuk berpegang kepada pendapat kedua dan ketiga.

Kebanyakan hadis yang menyebut tentang angka atau bilangan “tujuh” boleh dibahagikan kepada dua bahagian :

  1. Perkara keduniaan, yang bermatlamatkan ibrah dan maslahah sesuatu ungkapan.
  2. Perkara Ghaibiyyat, yang bermatlamatkan kepercayaan dan keyakinan pada angkanya.

Menurut beliau lagi, hadis tentang tujuh huruf ini tergolong dalam bahagian pertama sebagaimana hadis : “Orang mukmin makan dengan satu perut, manakala orang kafir makan dengan tujuh perut”.

(Riwayat Bukhari)

Hadis ini nak bagitahu bukan pada bilangan tersebut tetapi pengajarannya iaitu membezakan cara orang beriman dengan orang kafir makan.

Kesimpulannya, hikmah diturunkan Al-Quran dengan 7 huruf adalah meraikan kehidupan berkabilah di jazirah Arab yang ditunjangi sikap perkauman yang kuat.

Selain itu, menguatkan ikatan hubungan antara kabilah-kabilah Arab dengan Al-Quran selain mudah menyentuh hati-hati mereka apabila baca Al-Quran.

Membuktikan juga bahawa Al-Quran adalah kalamullah bukan kalam Rasulullah.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian