Artis Ini Tak Malu Langsung Mengaku Tidak Lancar Baca Al-Quran

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberitahu dia tidak malu untuk mengaku dirinya tidak lancar membaca Al-Quran.

Mawar berkata, dia akan meneruskan kelas mengaji dan agama untuk menambahkan ilmu pengetahuan sampai bila-bila.

“InsyaAllah akan kekalkan kelas mengaji atau atau kelas apa-apa demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila pun tak apa.”

“Kita perlu ada impian yang besarkan?” Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ya tapi tak berapa lancar.”

“Mawar tak malu nak kongsi sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai dan tak ada kan?” Katanya.

Mawar juga turut berkongsi gambar bersama guru mengajinya iaitu Nad yang juga sama-sama sedang hamil di laman sosial.

Mawar berniat untuk belajar semula mengaji sebelum hamil namun tidak berkesempatan memandangkan ada urusan kerja.

“Sepanjang Mawar hamil, Nad ni lah yang menjadi guru mengaji saya. Lepas belajar Iqra’, kami sama-sama baca Al-Quran untuk bayi kami.”

Isteri Raf ini juga berhajat sebelum hamil lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat dengan Tuhan.”

Dalam pada itu, Mawar menyasarkan untuk belajar sehingga mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan menghayati setiap maksud ayat yang dibaca.

Katanya juga dia berkongsi gambar ini untuk memberi semangat kepada orang lain yang masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian