Awas! Sifat Malas Menjerumuskan Kita Menjadi Orang Munafik

Semua orang tahu malas itu bukanlah satu sifat yang elok dan baik. Allah SWT juga sangat murka kepada orang yang ada sifat malas.

Sudah tentu perasaan jengkel bersarang dalam hati.

Ya, kalau sudah semua perkara kita malas nak buat bukan ke timbul perasaan kurang senang dalam diri?

Ketahuilah bahawa sifat buruk ini sebenarnya bertentangan dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam.

Allah SWT mengajar hambaNya supaya bersikap rajin dan bersungguh-sungguh apabila melaksanakan sebarang tugasan.

Apabila kita malas dan suka menangguh-nangguhkan kerja atau melakukannya secara sambil lewa pasti ia memberikan hasil kerja yang tidak bagus, bukan?

Impaknya bukan setakat diri kita tetapi tempiasnya turut dirasai oleh orang di sekeliling kita.

Malas Boleh Jadi Punca Tidak Ikhlas Beribadah

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) kepada Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

(Surah al-Nisa’, ayat 142)

Lebih menakutkan bila sifat buruk ini membuatkan kita tidak ikhlas beribadah dan akhirnya merosakkan hubungan dengan Allah SWT pula.

Perkara itu dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda baginda: “Solat yang paling berat bagi munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh”

sifat malas sebenarnya merupakan salah satu nafsu jahat yang sentiasa mendorong manusia melakukan kecuaian daripada mentaati perintah ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.”

(Riwayat al-Baihaqi)

Gangguan Syaitan

Malas atau al-kasal merupakan salah satu daripada penyakit gangguan syaitan.

Bahkan, Nabi Muhammad SAW menyuruh kita menghindarkan diri daripada penyakit tersebut.

Kalau malas, bagaimana kita hendak kerja? Bagaimana hendak beribadah? Bagaimana untuk kita pergi ke sekolah menuntut ilmu?

Orang yang malas tidak mendapat hasil.

Disebabkan itulah kita perlu menghindarkan diri daripada sifat berkenaan.

Untuk menghilangkan sifat itu kita perlu ada cita-cita dan semangat untuk belajar.

Dalam hal itu, Imam Muda Aran menyoroti semula kisah malas ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

Di ‘celah-celah’ sahabat itu, ada orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul.

“Apabila ditanyakan pada sahabat bagaimana hendak mengenali puak-puak munafik?

Para sahabat akan menjawab bahawa mereka mengerjakan solat dalam keadaan malas khususnya solat Subuh dan solat Isyak.

“Ya, itulah waktu sedap tidur, sedangkan sahabat-sahabat yang pula solat dalam keadaan khusyuk tidak kiralah solat Subuh, Isyak, Maghrib, Zuhur ataupun Asar sekalipun.

“Apabila seseorang itu berpura-pura dan lakukan sesuatu kerana terpaksa, riak wajah dan gaya malas itu kita boleh lihat sebab ia bukan dibuat mengikut kerelaan hati,” katanya.

Kesimpulannya, kita sendiri yang harus ubah diri kita supaya tidak ada sifat tak elok.

Carilah kawan-kawan yang boleh membawa aura yang positif.

Sumber : Sinar Harian



Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian