Soalannya apakah hukumnya menyentuh atau bawa telefon bimbit yang terkandung ayat Al-Quran masuk ke tandas?
Cukup menarik soalan ini.
Perkembangan teknologi memudahkan umat Islam mendapat pelbagai maklumat, malah boleh memuat turun ayat Al-Quran ke telefon bimbit.

Hukum memegang Al-Quran adalah haram jika tidak mempunyai wuduk.
Dalam firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah boleh menyentuhnya melainkan makhluk yang disucikan.”
(Surah al-Waqiah, ayat 77)
Dan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak boleh menyentuh al-Quran itu orang yang dalam keadaan haid atau dalam keadaan berjunub.”
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Jawapan kepada soalan di atas ialah telefon yang mempunyai aplikasi Al-Quran boleh bawa ke tandas dengan syarat tidak dibaca atau dibuka.
Menyentuh tanpa berwuduk pada skrinnya juga tidak mengapa kerana ia umpama menyentuh bayang-bayang.
Bagaimanapun, disunatkan supaya sentiasa berwuduk dan bersuci apabila membaca Al-Quran walaupun baca dalam telefon bimbit. Wallahualam.
BACA JUGA: 3 Aplikasi Yang Boleh Digunakan Untuk Yang Baru Mula Belajar Mengaji