Baca 1 Huruf Al-Quran Akan Dibalas Pahala 10 Hingga 700 Kali Ganda!

Tahukah tuan puan yang 1 huruf dalam Al-Quran mempunyai ganjaran berlipat kali ganda?

Nak buat baik tak perlu bersusah-payah pun sebenarnya.

Tapi kita selalu meremehkan amalan-amalan kecil sebab kita rasa pahalanya pun sikit je dapat.

Baca 1 huruf pun kita kadang-kadang malas nak buat.

Tanpa kita sedar sebenarnya banyak amalan-amalan kecil yang bila kita buat Allah akan berikan ganjaran yang begitu besar.

Membaca Al-Quran ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah.

Kalau tuan puan membaca Al-Quran bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja.

Malah ia menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.

Pahala membaca Al-Quran itu sangatlah banyak sehinggakan Baginda Rasulullah mengatakan bahawa 1 huruf akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan akan digandakan dengan 10 pahala.

Sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

[HR Tirmizi]

Ada lagi beberapa amalan kecil tapi Allah dah janjikan ganjaran yang besar kalau kita buat.

Antaranya ialah :

Mendoakan kebaikan orang lain

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW :

Barang siapa yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan berkata; ‘Amiin dan bagimu kebaikan yang sama.

[HR Muslim]

Kalau kita mendoakan kebaikan untuk orang lain kita tidak akan menjadi miskin.

Bahkan akan dibalas ke atas kita dengan kebaikan sama.

Allah juga akan mengutus malaikat secara khusus untuk menjaga kita.

Keimanan seorang Muslim itu dapat diukur dengan rasa kasihnya kepada saudara seagama yang lain.

Jadi mendoakan antara satu sama lain juga adalah salah satu cara untuk berkasih sayang.

Kehebatan zikir

Apakah ada kekayaan yang lebih besar nilainya daripada dunia dan seisinya?

Ianya ringan di mulut tetapi berat di timbangan.

Zikir adalah salah satu daripadanya.

Amalan ini mudah dan hanya memerlukan waktu yang singkat tetapi dapat mengalahkan nilai kekayaan dunia dan seisinya.

Dari Abu Hurairah berkata, Baginda Rasulullah bersabda: 

Dua kalimat yang dicintai oleh Ar-Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat di timbangan (amalan) iaitu Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).

[HR. Bukhari dan Muslim]

Besarnya pahala bersedekah

Islam mengajar kita untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kesempitan.

Selama ini kita fikir bersedekah bila kita ada segalanya seperti duit, harta dan sebagainya.

Tapi sebenarnya Islam ajar kalau kita tak ada semua tu pun bersedekahlah juga.

Sekecil-kecil nilai wang yang kita sedekahkan ketika dalam kesempitan adalah sebesar-besar nilai di hadapan Allah SWT.

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim.

Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah, Allah akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)

Ya Allah mudah je rupanya nak kumpul pahala ni.

Betul tak tuan puan.

Maka berlumba-lumbalah kita dalam memenuhkan buku amalan hatta dengan seringan-ringan amalan sekalipun.

Kerana kita tidak akan pernah tahu amalan apakah yang menyebabkan Allah merahmati dan mengasihi kita sehingga menempatkan kita di syurganya. Wallahualam.

Artikel Menarik: Adab-Adab Utama Mengajar Dan Mempelajari Al-Quran

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian