3 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Ketika Membaca Surah An-Nas

Surah An-Nas adalah salah satu daripada surah pendek yang sering dibaca dalam solat.

Maklumat Surah

  1. Surah ini merupakan surah Makkiyah (turun sebelum hijrah).
  2. Surah ini adalah surah yang terakhir iaitu yang ke 114 selepas surah Al-Falaq.
  3. An-Nas bermaksud manusia, diambil daripada perkataan ‘An-Nas’ yang disebutkan pada akhir surah.
  4. Surah ini mempunyai 6 ayat.
  5. Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti yang mendalam iaitu mengenai perlunya manusia kepada Allah. Sebagai perlindungan daripada syaitan.


Surah-An-Nas-English-Translation

Walaupun surah ini sering dibaca, namun ada beberapa kesilapan yang paling banyak dibuat tanpa sengaja.

Disini, kami senaraikan 3 kesilapan yang paling banyak dilakukan.

Baik. Sudah bersedia untuk belajar? 🙂

Kesilapan Pertama
Membaca panjang pada huruf Mim pada ayat kedua.

Ramai yang membuat kesilapan ini. Ini disebabkan kita sering terkeliru dan menyamakan dengan bacaan ayat ke-3 Surah Al-Fatihah.

Pada ayat ke-3 Surah Al-Fatihah ianya memang panjang, tapi tidak panjang bagi ayat ini.

Jika kita perhatikan, langsung tiada tanda mad pun pada Huruf Mim ayat ke-2 Surah An-Nas.

Kesilapan Kedua
Membunyikan bunyi Ikhfa pada ayat keempat dengan bunyi yang kurang kemas.

Ciri-ciri ikhfa yang baik adalah:

  1. Membunyikan dengan bunyi samar-samar.
  2. Bersedia untuk menyebut huruf selepasnya.
  3. Kadar dengung (samar-samar) adalah 2 harkat.

Kesilapan yang kerap dilakukan adalah tidak melakukan ciri no 3. Kerana ianya dibaca dengan laju tanpa 2 harkat.

Kesilapan Ketiga
Membaca panjang bagi kalimah yang pendek dan begitu juga sebaliknya.

Ini adalah kesilapan yang paling banyak dilakukan.

Ada beberapa kalimah yang panjang, dan ada beberapa kalimah yang tak perlu dibaca panjang pada ayat ini.

Sayangnya, ramai pembaca yang kurang cermat membacanya.

Yang panjang, dibaca pendek. Manakala yang pendek pula dibaca panjang.

Kesannya, bacaan menjadi kurang kemas dan kesalahan tajwid berlaku. Itu sebabnya perlu kepada belajar membezakan bacaan panjang dan pendek dengan betul.

Penerangan Video

Kami rakamkan contoh bacaan Surah Annas beserta dengan penerangan setiap kalimah.

Dalam video ini, kami terangkan sekali bahagian mana yang perlu dibaca panjang.

Penerangan mengenai bahagian mana yang perlu didengungkan juga turut dinyatakan.

Selamat belajar!

Adakah anda rasa video ini membantu?
Tinggalkan sebarang soalan di ruangan komen 🙂

Mahu KUASAI TAJWID dalam Masa 1 HARI?
Betul ke boleh kuasai tajwid dalam masa yang singkat?
Picit SINI untuk INFO

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Kisah Inspirasi

Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku. Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu.  Jasa baik ayah dalam membesarkan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian