Bapa Memasang Hasrat Ingin Khatam Al-Quran Dan Berjaya Tunaikan

Sama seperti kisah Tuan J apa yang dirasakan oleh Tuan B (bukan nama sebenar). Ingin pandai baca Al-Quran, inginkan khatam Al-Quran. Klik disini

Meskipun jalan cerita yang direntasi oleh mereka berbeza, namun kedua-dua lelaki ini berhati cekal dan mempunyai matlamat yang sama iaitu membaca Al-Quran dengan lancar.

Tuan B yang kini menginjak usia 55 tahun menjelaskan tiada lagi istilah segan atau malu dalam kamus hidupnya apabila mempelajari Al-Quran pada usia lanjut.

Sebaliknya, beliau bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk mempelajari dan mendekati kalamullah.

“Allah sudah buka pintu hati saya.

Saya cari sendiri (kelas ngaji), pusing dari satu tempat ke tempat yang lain.

Hinggalah saya ‘dipertemukan’ dengan kelas ini.

Sebelum itu, saya pernah mengikuti bengkel (mengaji) selama dua hari.

Keinginan saya begitu tinggi untuk mempelajari kalamullah. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Tuan B mengimbau kembali kisah mengajinya ketika zaman kanak-kanak.

“Saya dulu belajar setakat Muqaddam sahaja dan sempatlah mengaji al-Quran, tetapi hanya Surah al-Baqarah pada halaman pertama.

Selepas itu, saya tidak berkesempatan untuk menyudahkannya.

Sebab itulah apabila sudah bersara, saya ada banyak masa lapang.

Jadi, saya hendak ambil peluang yang sudah lama saya tinggalkan. Saya belajar ngaji dan berguru dengan ustaz,” terang beliau.

“Al-Quran adalah salah satu peninggalan baginda Rasulullah SAW.

Sebagai umat Islam, kita wajib memeliharanya.

Sedangkan, dulu Al-Quran ‘turun’ tidak bertanda (berbaris), tetapi ia boleh dibaca.

Namun, kita sebagai umat akhir zaman tidak menghargainya.

Siapa lagi yang hendak memelihara kalam Allah ini kalau bukan kita umat Islam,” ujar beliau. 

Bagi Tuan B, sebagai umat Islam, amat rugi jika kita mensia-siakan ‘pusaka’ peninggalan Nabi Muhammad SAW.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian