Baru Umur 2 Tahun, Ahmad Ziyyad Sudah Boleh Hafal 42 Surah!

Boleh Hafal 42 Surah

Baru berumur 2 tahun 8 bulan, tapi sudah boleh hafal 42 surah. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh si kecil Ahmad Ziyyad Mohd Zahir. 

Menurut ibunya, Nurul Syahida Lukman, Ziyyad sama sahaja macam anak-anak kecil yang lain. Cuma mungkin pendekatan yang diberikan kepada ziyyad menjadikannya ‘istimewa’.

Impian Syahida yang inginkan anaknya berjaya di dunia dan akhirat, sejak dalam kandungan lagi beliau sudah mula memperdengarkan bacaan Al-Quran sehinggalah Ziyyad lahir. 

“Malah sejak hari pertama Ziyyad lahir saya dah bagi dia dengar ayat-ayat suci Al-Quran. 

“Semakin dia membesar dan asyik bermain pun saya pasang juga audio bacaan ayat Al-Quran.

“Saya memperhatikan sambil bermain, dia akan ikut membaca. Bagi memberi keseronokan kepadanya, saya dan suami pun turut membaca dengan kuat.

“Ziyyad seolah-olah seronok macam nyanyi beramai-ramai tetapi versi mengaji. Itulah hiburannya setiap hari” katanya. Klik disini

Sebenarnya jika diikutkan jiwa anak sama je sejak lahir dan memori anak kecil sebenarnya sangat luar biasa.

Apa yang dia dengar dia akan cepat ingat. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu mendorong setiap kebaikan anak.

Boleh amalkan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran di rumah atau dalam kereta. Tiada lagu lain yang dipasang. 

Menurut Syahida lagi, ketika Ziyyad berumur 2 tahun, dia sudah boleh menghafal surah dalam juzuk ‘Amma dengan lancar.

Pendekatan yang saya gunakan pada permulaannya adalah dengan memasang cd bacaan Al-Quran dalam kereta.

Tak mahu dia cepat bosan saya memilih cd bacaan qari kanak-kanak dan pendekatan ini memang berkesan untuknya.

Bila di rumah pula, Ziyyad suka bacaan Muzamil Hasballah dan Mishary Rashid. 

Bagi surah-surah panjang saya pasang masa dia nak tidur.

Surah-surah Pilihan

Ini tip saya untuk bagi dia cepat tidur.

Untuk pengetahuan ibu, surah-surah panjang ini sebenarnya saya mulakan dengan surah pilihan dulu.

Antaranya Al-Mulk, Nuh, Sajadah, Al-Fatihah, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Al-Insan, Ju’muah dan Munafiqun. Terbaru surah yang Ziyyad minat dan hafal adalah Al-Insan.

Jaga Pemakanan Anak

“Makanan ringan pun saya tak bagi padanya takut melemahkan perkembangan otak.

“Paling saya bersyukur, Ziyyad juga menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun 7 bulan,” jelasnya.

Ziyyad juga bukan hanya sahaja hafal 42 surah sahaja tetapi Ziyyad mampu menulis dan memahami setiap apa yang diajar dengan baik.

Paling penting jangan bagi anak terlalu obses dengan gajet. Biar anak belajar dari apa yang di lihat depan matanya.

Bagaimanapun, sebagai ibu bapa pastinya tidak akan putus berdoa untuk anak-anak agar menjadi anak kebanggaan mereka suatu hari nanti dan mampu menjadi pejuang agama tersohor.

Ingin belajar mengaji dengan menggunakan kaedah yang mudah dan menarik boleh klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian