Seronok apabila ada rumah di tepi sawah.
Dapat menghirup udara yang segar. Turut dihiasi oleh pemandangan yang cantik.

Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” [Hadis 1452]
Ini adalah jaminan daripada lisan Nabi sendiri iaitu orang yang terbaik dikalangan kita adalah yang belajar Alquran dan mengajarkannya!
Dari Aisyah r.ha : Nabi saw bersabda, “Orang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi benar. Orang yang teragak-agak (merangkak-rangkak) dalam membaca Al-Quran dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya pahala dua kali ganda.”
Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar Alquran, walaupun membaca dengan merangkak-rangkak diberi pahala double oleh Allah.
Untungkan sesiapa yang mengambil peluang belajar Alquran.?
Kaitan Alquran dan Keadaan Rumah.
Berpandukan kepada pengalaman saya bertemu dengan ramai orang dewasa, saya boleh kaitkan orang yang belajar Alquran ini kepada 5 keadaan rumah.
KEADAAN PERTAMA
Orang yang sudah pandai malah memahami ibarat rumahnya sudah siap dan selesa. Malah orang lain juga boleh menumpang di rumahnya.
Apabila kita sudah pandai membaca Alquran – Baguslah!
Tapi, kan lagi bagus jika kita turut bantu orang lain untuk belajar Alquran?
Ajar kawan-kawan. Saudara mara.
Lagi baik, buka kelas belajar membaca Alquran.
Kita bantu supaya lebih ramai orang berpeluang untuk belajar Alquran.Inilah yang diibaratkan seperti menjadi rumah yang selesa dan menjadi tempat orang lain pula berteduh.
Setuju?
KEADAAN KEDUA
Mafhum satu hadis Nabi:
Sebaik-baik dikalangan kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
Sebarkan manfaat. Bantu lebih ramai orang lagi untuk belajar Alquran!
KEADAAN KETIGA
Kunci kepada pandai belajar Alquran adalah istiqamah.Apa itu istiqamah? Ia bermaksud bersungguh-sungguh dan tekun tanpa putus asa.Sekarang masih belum pandai baca Alquran?
KEADAAN KEEMPAT
Kunci kepada pengulangan adalah Istiqamah.
Walaupun begitu.. jika kita berada dikalangan 4 bahagian yang saya nyatakan tadi sebenarnya masih boleh dikira bagus kerana tetap ada niat untuk belajar.Jangan sampai masuk kepada bahagian ke lima ini, iaitu;
KEADAAN KELIMA
Orang yg tiada minat lansung untuk belajar ibaratnya orang yang tidak selamat. Kerana dia sendiri tiada rumah dan tiada tempat tinggal.
Mengapa saya katakan tidak selamat?
Kerana Allah memberinya masa, harta, nyawa, dan akal untuk belajar ilmu alquran tetapi tidak digunakan sebaiknya.Bahkan lebih teruk lagi apabila ia mengejek dan memperlekehkan pula orang yang belajar Alquran.
Umpamanya, tiada rumah tapi perlekehkan orang yang duduk di rumah! Bukankah teruk manusia yang bersikap begitu. Tanya semula kepada diri sendiri.
Agaknya kita mahu masuk ke dalam bahagian yang mana?