16 Masalah yang dihadapi orang dewasa untuk belajar Alquran (Bahagian 2)

Apa masalah biasa bagi orang dewasa untuk membaca Alquran dengan bertajwid?

Kami pernah tuliskan masalah yang dihadapi orang dewasa untuk belajar Alquran sebelum ini di bahagian 1.

Baca juga: 16 Masalah orang dewasa belajar Alquran (Bahagian 1)

Dalam post tersebut kami tuliskan 7 masalah yang dihadapi oleh orang dewasa.

Di dalam post ini, kami sambung lagi masalah yang dihadapi orang dewasa dalam belajar membaca Alquran.

masalah orang dewasa mengaji alquran

Kita sambung.. ๐Ÿ™‚

.

#8: Tak dapat istiqamah datang kelas. Apabila dah terlepas kelas nak datang belajar lagi dah rasa malas.

Ini adalah isu biasa.

Bukan la rasa malas sangat, tapi malu nak datang kelas sebab dah terlepas kelas yang lepas.

Jadi, mereka akan ada rasa ketinggalan.

Cara untuk atasi adalah apa sahaja yang berlaku pergi sahaja kelas walaupun dah banyak kali terlepas kelas mengaji.

.

#9: Rasa segan/malu/trauma bila kena baca seorang demi seorang terus tergagap-gagap sebab nervous.

Semua orang rasa malu dan nervous kalau kena buat seorang diri.

Tambah-tambah mengaji al-Quran. Malu pun ada kalau salah baca.

Lepas tu, kawan pula tersengih-sengih. Stress!

Cara untuk atasi adalah baca sahaja. Ianya normal untuk kita buat salah.

Niat adalah untuk belajar.

Bahkan, dapat 2 pahala iaitu pahala membaca al-Quran dan pahala bersusah payah untuk membaca al-Quran. Untung kan?

 

mengaji alquran

.

#10: Kelas mengaji jauh & selalu tak dapat hadir kerana bertindih dengan urusan lain.

Kadang-kadang faktor demografi dan logistik pun jadi 1 masalah yang terbeban kepada niat kita untuk belajar mengaji al-Quran.

Kalau kita dah niat, insya Allah, Allah mudahkan.

Cara atasi adalah kalau susah untuk hadir, ada pilihan terbaru iaitu Talaqqi melalui Skype. Klik Sini.

.

#11: Mudah lupa apabila terlampau banyak nama-nama hukum tajwid.

Ya. Kami faham. Setakat hukum mad pun dah ada 19.

Memang banyak. Ok. Buat masa ini, cuba abaikan nama hukum. Fokus untuk lancar bacaan sahaja.

Kalau anda rasa nama hukum bacaan ini menganggu anda, mungkin kelas ini boleh bantu anda mengaji tanpa perlu tahu nama hukum tajwid.

belajar alquran

.

#12: Rasa tidak penting untuk belajar Al Quran.

Allahu. Al-Quran ini adalah panduan dunia akhirat kita. Perbaiki mentaliti dan sikap kita terhadap al-Quran.

Bukan salah diri, tapi mungkin kurang pendedahan & perhatian mengenai al-Quran.

.

#13: Hanya tahu nak khatam walaupun tak kuasai tajwid.

Adakah kita masih berbangga dengan berapa kali kita khatam?

Padahal, bacaan kita berterabur dan baca laju sampai bacaan pendek panjang pun dah merapu. ๐Ÿ™

Mengaji al-Quran biarlah kita mendapat rahmat Allah. Baca betul-betul, baca tafsir. Moga kita dapat pengajaran.

.

#14: Bagi bacaan yang panjang, tak pasti di mana boleh berhenti dan sambung semula.

Ada sebahagian ayat sangat panjang. Mula takut tak cukup nafas. Kalau nak berhenti, mana nak sambung semula. Banyak yang keliru tentang hal ini

Kami ada tuliskan panduan mengenai panduan memulakan dan memberhentikan bacaan sebelum ini.

Baca juga: Panduan Memulakan dan Memberhentikan Bacaan Alquran

.

#15: Belum terbuka hati nak belajar. Tapi saya nak tau lebih lanjut tentang tajwid.

Hidayah milik Tuhan. Insya Allah. Kita sendiri pun perlu dekatkan diri dengan agama Tuhan. Ketahuilah bahawa Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita sendiri ubah diri kita.

belajar alquran dewasa

.

#16: Tak dapat sokongan moral daripada keluarga.

Untuk kita mula, sokongan daripada keluarga adalah paling penting. Tapi tak semua bernasib baik. Ada sesetengah dipandang sinis oleh keluarga sendiri.

Cara untuk atasi adalah pilih kawan yang betul. Kawan yang beri sokongan. Ustaz yang rajin menasihat. Insya Allah. Tuhan beri jalan yang baik.

Ada yang turut hadapi masalah yang sama?
Ataupun ada masalah yang belum kami senaraikan lagi?

Jika ada.. sila tinggalkan komen di bahagian bawah post ini. ๐Ÿ™‚

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!