Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Cepat Di Celik Al-Quran

Anda tak pandai mengaji? Tidak kenal huruf semasa membaca? Ingin lancar membaca? Nak guru yang sporting? Celik Al-Quran ada jawapannya.

Celik Al-Quran adalah sebuah program khusus untuk membantu golongan dewasa belajar mengaji Al-Quran bermula dari mengenal huruf sehingga mahir mengaji Al-Quran.

Ia adalah program yang membantu golongan ini belajar mengaji dari zero tidak mengenal huruf (asas) sehingga boleh mengaji Al-Quran dengan tajwid dan bacaan yang betul.

Pada kebiasaannya golongan ini menghadapi masalah malu dan rasa rendah diri untuk menyertai kelas dan sesi yang bercampur dengan kanak-kanak dan remaja.

Kami amat memahami situasi ini, maka kami membangunkan modul dan program yang khusus untuk membantu golongan dewasa belajar mengaji dari mengenal huruf sehingga boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Kenapa Anda Harus Memilih Celik Al-Quran?

Terbukti Berkesan

Kami kongsikan langkah demi langkah untuk boleh mengaji Al-Quran walaupun tak kenal huruf!

Pembelajaran Praktikal

Formula pembelajaran yang kami gunakan untuk membantu anda mengaji Al-Quran sangat praktikal dan mudah di ikuti.

Senang Dan Mudah Faham

Kami kongsikan konsep dan penerangan secara visual dan storytelling bagi setiap huruf dan praktikal bacaan bertajwid.

Kelas Bimbingan Individu (KBI)

Ia adalah sesi belajar Al-Quran secara individu bagi membantu golongan dewasa belajar mengaji bermula dari asas sehingga mahir mengaji Alquran dengan lancar.

Pelajar dibimbing secara One To One bersama guru yang terlatih menggunakan modul Celik Al-Quran.

Kenapa KBI Disukai Ramai?

Suasana Belajar Selesa

  • Sesi dilakukan secara one to one.
  • Anda boleh terus tanya soalan secara personal kepada guru jika tidak faham.
  • Tak perlu rasa malu sebab kami tak akan judge anda.
  • Jika anda nak belajar dari mula kenal huruf pun tiada masalah.
  • Jika huruf sudah kenal dan mahu mula dari pelajar tajwid ataupun Quran pun tiada masalah.
  • Bagi kami paling penting adalah untuk membimbing anda mahir mengaji!

Senang Faham

  • Sistem pembelajaran KBI di Celik Al-Quran tidak sama dengan kelas-kelas konvensional Al-Quran yang lain.
  • Kami menggunakan cara shortcut dan praktikal untuk membantu pelajar mengenal huruf dan mengingati tajwid.
  • Di Celik Al-Quran jika anda baru bermula dari mengenal huruf kami ada sistem dan cara supaya boleh membantu anda boleh mengenal dan mengingat huruf seawal 1 hari.
  • Kami sudah permudahkan sesi pembelajaran supaya ianya menjadi sangat mudah, praktikal dan menyeronokkan.

Rekod Pembelajaran Sistematik

  • Di KBI prestasi dan rekod pembelajaran anda disimpan dengan sistematik.
  • Setiap pelajar yang mendaftar masuk akan ada fail rekod pembelajaran.
  • Dalam fail ini dinyatakan masalah yang dihadapi dalam mengaji sebelum ini dan cadangan penyelesaian.

Masa Pembelajaran Fleksibel

  • Masa pembelajaran adalah mengikut kesepakatan dan keselesaan pelajar dan guru.
  • Anda boleh pilih masa dan hari pembelajaran mengikut keselesaan sendiri.
  • Sama ada belajar dihujung minggu atau hari biasa, kami sedia membimbing anda sampai anda mahir mengaji.
  • Anda juga boleh memilih waktu pembelajaran samaada di waktu pagi, petang atau malam bergantung kepada kekosongan jadual guru.

Anda boleh lihat testimoni daripada seorang pelajar Celik Al-Quran klik disini

Bagaimana Dengan Yuran Di Celik Al-Quran?

Anda sedang melabur kepada diri sendiri untuk mahir mengaji.

Sehingga hari ini sudah banyak masa dan tenaga yang kami korbankan untuk mendapatkan cara mudah memberi kefahaman dalam belajar mengaji Al-Quran.

Bukan itu saja.

Kami sudah uji berkali-kali sistem kelas dan modul ini dalam sesi program-program anjuran Celik Al-Quran.

Saya berani janji, kelas ini akan banyak membantu anda pandai mengaji – insyaAllah.

Kami berani jamin tuan puan akan berpuashati dan belajar banyak perkara dalam kelas ini

Harga kelas ini hanya…

RM200 Sahaja !

Anda hanya perlu melabur RM200 sebulan untuk dapatkan 6 slot pembelajaran individu di Celik Alquran.

RM200 ini adalah pelaburan yang amat tak ternilai untuk membantu anda boleh mengaji Al-Quran.

Apa tunggu lagi jom sertai kelas mengaji di Celik Al-Quran klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian