Betul ke Baca Al-Quran Merangkak-rangkak Boleh Dapat Pahala?

Selalunya ramai saja yang suka isikan masa dengan membaca Al-Quran tetapi masih merangkak. Tajwid pula tidak kemas. Persoalannya berdosakah?

Agak-agak kalau membaca Al-Quran merangkak ni dapat ke pahala?

Berdasarkan sebuah Hadith :

‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut dan merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala’.

Hadith riwayat Muslim

Anda sepatutnya gembira. Nabi SAW berjanji bahawa Allah SWT bukan setakat tidak memarahi anda, bahkan dianugerahkan dua pahala pula.

Pahala pertama kerana membaca Al-Quran manakala pahala kedua diberikan untuk menghargai kesungguhan anda.

Teruskanlah dengan usaha mulia memperbaiki bacaan Al-Quran hingga mahir agar tahap seterusnya yang lebih bermakna dapat dicapai.

Tahap bersama malaikat yang mulia lagi taat.

Berdasarkan hadith di atas tadi, ada yang memahami hadith tersebut dengan kefahaman yang agak menyeleweng.

Mereka fikir ‘saya nak kekal baca merangkak’ sebab jika kekal dalam keadaan begitu boleh dapat dua pahala.

Sebenarnya kalau anda berfikir begitu anda ‘sengaja buat salah’.

Apabila anda berniat sengaja kekalkan kesalahan, ketahuilah ketika itu anda bukan setakat tidak mendapat dua pahala, bahkan berdosa!

Untuk pengetahuan semua, ganjaran dua pahala dalam hadith tersebut diberikan atas dasar ingin memberikan motivasi dan semangat kepada mereka yang sedang berlatih untuk mengaji.

Ibarat macam mengajar anak jugalah, katakan anak anda berjaya melakukan latihan dengan bagus anak pula memberi hadiah atau coklat sebagai hadiah.

Tapi kalau anak anda tidak mahu menambah lebih banyak latihan selepas itu, mungkin rotanlah yang anda akan hadiahkan.

Maka untuk soal gagap ni anda perlu faham dua kedudukan ini :

Tidak Berdosa

Anda dikira tidak berdosa jika kesilapan berlaku dengan tidak sengaja.

Ia terjadi atas sebab kelemahan diri dan tak ada langsung niat untuk melakukannya.

Berdosa Kalau Baca Al-Quran Merangkak

Anda dikira berdosa jika tahu ianya salah tetapi masih sengaja melakukannya.

Anda juga tahu banyak kesilapan dalam bacaan anda tetapi tidak mahu belajar memperbaikinya.

Ketika itu, bacaan yang dialunkan bukannya mendapat keredhaan Allah SWT, tetapi kemurkaNya.

Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha memperbaiki bacaan mengaji kita. Masih belum terlambat untuk memperbaikinya.

Jom sama-sama mendaftar kelas mengaji di Celik Al-Quran klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian