Berapa Lama Saya Boleh Pandai Baca Al-Quran?

Apabila seseorang itu baru mula belajar mengaji Al-Quran, ada banyak persoalan yang bakal muncul dalam fikiran.

Dalam banyak-banyak soalan, antara soalan popular yang sering ditanya kepada kami adalah;

.

Jika saya mula belajar harini, berapa lama saya perlu ambil untuk mahir mengaji ustaz?

~ Tuan S

.

Adakah anda termasuk dalam dikalangan ‘Tuan S’ yang bertanya soalan seperti ini.

Sama ada anda suarakan soalan ini di lisan, ataupun hanya menyuarakan di dalam hati. Usah risau, kami faham perasaan anda.

Jawapan kepada soalan anda adalah…

.

.

.

“IT’S DEPEND”

Ya, jawapan kami sejujurnya adalah – BERGANTUNG.

.

Jawapan kepada soalan ini adalah sangat subjektif.

Ia bergantung kepada kesungguhan pelajar.
Turut bergantung kepada masa yang diluangkan oleh pelajar untuk belajar dan mengulangkaji.

Turut memainkan peranan penting adalah, sekiranya pelajar ada guru yang membimbing. Adakah pelajar benar-benar gunakan peluang untuk bertanya dengan guru sekiranya ada apa-apa perkara yang kurang difahami sepanjang pembelajaran.

Cuma dari segi kebiasaan yang kami jumpa,

Sekiranya pelajar itu betul-betul mula belajar dari asas. Pelajar itu akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk belajar mengenal huruf. Seterusnya mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk menguasai tajwid.

Selepas 8 bulan, pelajar tersebut akan lebih yakin untuk membaca Al-Quran.

.

Namun.. suka untuk kami ingatkan situasi bagi setiap pelajar sudah tentu berbeza.

Apa yang kami sebutkan di atas ini adalah situasi kebanyakan pelajar. Belum tentu semua pelajar situasinya adalah sama.

Sebab sepanjang kami membimbing pelajar dewasa belajar mengaji, kami telah menemui pelbagai keadaan pelajar.

.

Ada pelajar yang mengambil masa dari tidak kenal huruf kepada mengenal huruf sepanjang satu hari sahaja.

Ada juga yang ambil masa sebulan, dan ada juga yang mengambil masa lebih panjang sehingga 3 bulan.

.

Namun, bukan tentang isu cepat atau lambat yang jadi persoalannya.

Paling penting adalah pelajar-pelajar ini terus tekun berusaha untuk mahir mengaji.

Tiada kerugian langsung untuk mereka yang mengaji Al-Quran.

Kerana telah dijanjikan dalam hadis Nabi;

Sebaik-baik ibadah umatku adalah membaca Al-Quran

(HR At-Tarmidzi)

.

Paling penting sekali, kita perlu lah percaya dan konsisten dengan proses pembelajaran.

Disini kami rakamkan video mengenai konsisten belajar mengaji.

Kami turut mendoakan supaya tuan puan cepat-cepat mahir mengaji.

Jangan pernah sesekali untuk berputus asa. Kerana usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selagi mana kita kekal berusaha, masanya untuk kita mahir pasti akan tiba.

InsyaAllah.

.
P/s: Serius nak ada guru yang tolong semak sebutan dan bacaan Al-Quran anda? Sambung baca Kelas Bimbingan Individu (klik pada link disebelah)

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Asas Alquran

Apakah Keistimewaan Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah. Sudah tentu banyak keistimewaannya. Terdapat ayat yang menunjukkan keistimewaan Al-Quran. Firman Allah SWT: الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian