Berapakah Jumlah Huruf Hijaiyah Yang Sebenarnya? 28, 29 atau 30?

“Abang, huruf hijaiyah ada berapa sebenarnya? Adik peninglah sebab ada yang kata 28, 29 lah, 30 lah.” Bertanya adik kepada abang sulungnya.

Huruf Hijaiyah adalah huruf-huruf arab yang akan membentuk kalimah dan seterusnya menjadi ayat Al-Quran.

Ia ditulis dari kanan ke kiri.

Cuma bilangannya yang menjadi persoalan dalam kepala kita.

Ada yang cakap jumlah hurufnya itu ada 28, 29, ada pula yang mengatakan 30.

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه لا ء ي

Inilah 30 huruf hijaiyah yang kita semua belajar.

Tapi bagaimana boleh jadi 29 huruf?

Sebabnya tidak ada pun huruf lam-alif. Huruf lam-alif hanya gabungan huruf lam dan huruf alif.

Sebab itulah ada yang berpendapat jumlah hurufnya hanya 29 sahaja.

 Bagi yang memegang pendapat hurufnya 28 kerana hamzah termasuk sekali dalam huruf alif.

Kerana bunyi asas hamzah bila berbaris sama seperti bunyi alif.

Itu sahaja perbezaannya.

Macam mana sekarang? Jelas tentang perbezaan bilangan huruf?

Tapi jangan risau kerana semua pendapat adalah betul dan tidak ada yang salah pun.

Semoga bermanfaat.

Anda susah hati sebab masih tak pandai mengaji? Anda masih tercari kelas mengaji yang belajar secara One To One? Klik Disini

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian