Bergelumang Dosa, Lelaki Ini Tak Dapat Baca Al-Quran Sehinggalah…

Saya ada seorang kawan. Lelaki, bujang dan bekerja dengan gaji 4K sebulan. Itu tahun lepas. Tahun ini dia masih lelaki, masih bujang, cuma sudah hilang kerja 4K sebulan itu. Hilang sampai kelu lidah!

Dia belajar tak tinggi. Setakat diploma kolej saja. Tapi rezeki dia, dapat kerja bagus. Gaji 4K sebulan kerja kerajaan walaupun kontrak. Dia kerja di sebuah universiti terkemuka.

Di tempat kerja dia ada seorang pengurus projek. Gaji pengurus itu 3 kali ganda lebih besar. Kerja dia ke hulu ke hilir cari projek ratus-ratus ribu. Ada peluang, songlap sikit, makan sendiri.

Yang sedihnya, kawan saya itu kadang-kadang terjebak juga. Dia pernah ikut pengurus itu buat kerja dia. Demi pelanggan, dia sanggup pergi kelab malam dan kelab karaoke.

Pergi kelab, sudah tentu ada GRO. Pergi karaoke, bukan yang murah. Karaoke pun ada GRO juga. Hidangan arak sudah tentu disediakan. Tapi kawan saya tak minumlah.

Apa yang dia tak tahu tentang GRO? Tanya saja. Cuma kawan saya itu tak ada duit, jadi tak dapatlah rasa servis GRO yang premium. Dia dapat free trial saja, katanya.

Walaupun duit tak banyak, kehidupan macam itu buatkan kawan saya lupa diri. Dulu dia pandai baca Alquran. Maklumlah, orang Johor, tak sah kalau tak pergi sekolah agama.

Apabila dia hidup bergelumang dosa macam itu, Alquran ditinggalkan. Asyik dengan kerja dan hiburan sampai tak baca Alquran dan (saya rasalah) tak sembahyang!

Sehingga pada suatu hari, dunia jadi terbalik. Segala-galanya berubah 180 darjah. Perubahan mendadak datang tanpa disangka-sangka. Masa itu baru dia sedar tentang dosa.

Apa taknya, tiba-tiba bos bagi notis pemberhentian dalam masa sebulan. Padahal selama itu dia berusaha sungguh-sungguh supaya dapat lantikan tetap. Lain pula yang jadi.

Bukan atas sebab disiplin, tapi universiti kena kurangkan kos operasi. Banyak staf kontrak diberhentikan. Gaji pensyarah tak dinaikkan. Staf yang senior-senior dikekalkan.

Hikmahnya, kawan saya itu tergerak untuk kembali kepada Tuhan. Dia mula membuka semula kitab suci. Halaman pertama memaparkan Surah Al-Fatihah dan di sebelahnya lima ayat Surah Al-Baqarah.

Dia pun membaca…… tapi tak boleh! Lidahnya kelu! Tahu huruf tapi tak boleh sebut!

Saya dapat bayangkan perasaan dia pada ketika itu. Mesti dia rasa terkejut, sedih, kesal, takut, marahkan diri sendiri, anggap diri tak berguna, dan macam-macam perasaan negatif.

Mujur dia tak bunuh diri ataupun kembali bergelumang dengan dosa.

Mungkin kerana dia ataupun sesiapa doakan dia supaya Allah beri hidayah. Kawan saya itu mendapat nasihat daripada seseorang. Katanya, “Kamu pergi berjemaah di surau. Tak tahu buat tak apa. Ikut saja.”

Kawan saya itu pun ikutlah berjemaah di surau berhampiran rumahnya. Mula-mula dia kekok, tapi dia ikut saja. Yang bagusnya kawan saya itu tak mudah peduli cakap-cakap orang.

Dia berusaha secara konsisten memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, pengurus projek yang ajar dia buat jahat dulu pun kena berhenti.

Lama-kelamaan, kawan saya itu berjaya juga baca Alquran dengan lancar. Bukan itu sahaja, dia mendapat kepercayaan sebagai pemegang kunci surau pula. Alangkah beruntungnya dia!

Kisah ini dia ceritakan kepada Ustaz Syukur Sapuan. Rupa-rupanya, mengikut pengalaman ustaz, ada banyak orang macam kawan saya itu, malah yang lebih teruk daripada dia.

Demikianlah tuan-tuan dan puan-puan. Apabila seseorang itu leka dengan dunia, Allah bagi bala sebagai peringatan. Apakah lagi bala yang lebih besar daripada hilang upaya membaca Alquran?

Oh, ya! Kawan saya itu masih belum berpunya. Kalau ada pakcik makcik cari menantu lelaki yang kaki surau, bolehlah komen di bawah ini. Nanti saya kenalkan dengan kawan saya itu.

Sementara itu, kalau nak belajar ngaji Alquran, hubungi Ustaz Syukur Sapuan sekarang. Orang alim selalu cakap, kalau nak buat baik, jangan tangguh, nanti tak terbuat pula!

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian