Besar Ganjarannya Buat Mereka Yang Sedang Berusaha Belajar Mengaji

Allah sangat sayang dan cinta kepada mereka yang sedang berusaha melakukan kebaikan.

Lebih-lebih lagi yang sedang belajar mengaji?

Abdullah bin ‘Amr RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”

(HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Berdasarkan hadis di atas, ulama menjelaskan orang yang membaca Al-Quran nanti akan terus membaca satu demi satu ayat Al-Quran sehinggalah dia tiba di syurga tertinggi iaitu Syurga Firdaus.

Apabila tiba di Syurga Firdaus barulah dikatakan, “Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di akhir ayat yang kamu baca.”

Itulah kehebatan dan kedudukan bagi golongan yang membaca Al-Quran sebagai rutin hariannya.

Jadi, bacalah Al-Quran setiap hari walaupun beberapa ayat.

Jangan biarkan waktu kosong dibiarkan begitu saja dengan perkara yang tak berfaedah.

Siapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala.

Membaca Al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.

MasyaAllah sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Penyayang.

Bagi mereka yang masih kurang lancar membaca atau tersangkut-sangkut, jangan bimbang teruskan membaca Al-Quran.

Kerana Nabi SAW memberitahu yang golongan ini akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.

Berdasarkan hadis, Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Orang yang membaca Al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi ganjaran kerana berusaha ketika membaca.

Selain itu, orang yang rajin membaca Al-Quran rumahnya akan diberkati dan malaikat turut memenuhi rumah berkenaan.

Jom belajar mengaji secara personal bersama kami: Klik disini

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian