Boleh ke Mengaji Al-Quran Secara Online Berduaan Berlainan Jantina?

Semakin ramai yang mencari kelas belajar mengaji sekarang ini. Tapi boleh ke kalau guru dengan pelajar berlainan jantina ye?

Belajar mengaji secara atas talian merupakan  satu  kaedah untuk mendapatkan ilmu membaca al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. 

Sebagai contoh Whatsapp, Telegram, Skype dan sebagainya.

Tapi boleh ke mengaji secara dua orang guru dan pelajar yang berlainan jantina?

Pembelajaran secara online boleh dijalankan melalui Facebook live atau Instagram Live.

Anda juga boleh menyemak bacaan anda melalui video WhatsApp, Telegram Call, Facebook Messenger dan panggilan telefon.

Usaha murni ini dapat membantu kita semua untuk mempelajari ilmu membaca Al-Quran.

Allah SWT akan mengurniakan kemuliaan dan kelebihan kepada mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Nukilan daripada Sheikh Dr. Abdul Karim Zaidan menyatakan bahawa hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah haram bagi mengelakkan fitnah.

Hukum tersebut boleh berubah menjadi harus berdasarkan situasi tertentu.

Pandangan ulama Sheikh Muhammad ibn Saleh al-Munajid, urusan secara  atas talian antara lelaki dan perempuan adalah dibenarkan.

Ianya hanya melibatkan urusan kemaslahatan agama, perkara ilmiah seperti menuntut ilmu agama mahupun ilmu dunia.

Bahkan, perbualan secara atas talian di antara lelaki dan wanita tidak dikatakan berkhalwat kerana tidak bertemu jasad seperti larangan berkhalwat dengan jasad.  

Ada dimaksudkan dalam  sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ‏

Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya.

Riwayat Muslim (3112)

Walau bagaimanapun, situasi perbualan kosong antara lelaki dan wanita secara atas talian tanpa tujuan adalah dilarang kerana boleh menimbulkan fitnah dan membuka jalan kerosakan.

Belajar mengaji Al-Quran secara online yang melibatkan dua orang individu lelaki dan wanita adalah dibenarkan dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan.

Kesimpulannya, jangan malu untuk belajar mengaji.

Walaupun tergagap-gagap sekalipun cubalah belajar dan terus belajar kerana banyak manfaatnya klik disini untuk ketahui manfaatnya.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian