Bolehkah Membaca Al-Quran Dengan Melagukan Bacaannya?

“MasyaAllah! Sedapnya suara abang melagukan bacaan Al-Quran.

Tapi boleh ke melagukan bacaan kita?”

Berdosa tak?

Rasulullah SAW adalah suaranya yang terbaik sehingga Allah SWT juga terkesima mendengarnya :

“Tidaklah Allah mendengar sesuatu sebagaimana Allah mendengar NabiNya membaguskan bacaan Al-Quran dan menguatkan suaranya”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda:

زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ

Maksudnya: “Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.” 

(Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis di atas, membaca Al-Quran dengan suara dan berlagu amat digalakkan.

Cuma Rasulullah SAW mengingatkan kita beberapa had, syarat dan batasan melagukan bacaan Al-Quran.

Nasihat Baginda SAW :

“Bacalah Al-Quran dengan lagu dan suara orang arab. Jauhilah lagu ahli fasiq dan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Nati akan ada manusia sesudahku, mereka membaca Al-Quran seperti menyanyi, berirama kerahiban dan melenguh, bacaan itu tidak melampaui kerongkong mereka. Hati mereka telah terftnah termasuk juga hati orang yang mengkagumi mereka.”

(Riwayat Tabrani dan Al-Baihaqi)

Nabi SAW tidak mahu tujan utamanya terpesong dan ingin mendapat keredhaan Allah SWT.

Ulama juga bersepakat memperindahkan suara ketika membaca Al-Quran dibenarkan menurut batasan tertentu.

Batasan yang dimaksudkan adalah mengabaikan tajwid, panjang pendek atau bacaan dengung, maka hukumnya haram.

Kesimpulannya, membaca Al-Quran adalah satu ibadah.

Disunatkan memperelokkan suara ketika membaca al-Quran adalah agar orang yang mendengarnya merasa khusyuk.

Jika seseorang itu mampu memahami setiap bacaannya itu juga merupakan satu perkara yang amat baik.

SUMBER : Mufti Wilayah Persekutuan

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian