Ketahui 5 Jenis Buah-Buahan Yang Disebut Dalam Al-Quran

Syurga terlalu indah untuk dibayangkan. Allah juga telah sediakan buah-buahan yang sedap di dalamnya sehingga ada diceritakan dalam Al-Quran.

Allah telah turunkan 5 jenis buah-buahan yang terdapat di Syurga untuk kita dahulu rasa, renung dan nikmati di muka bumi ini.

Buah Buahan Alquran
Buahan-buahan ini ada di sebut di dalam Al-Quran Nur Karim.

Uniknya, buah-buahan ini tidak diturunkan di satu lokasi yang sama di muka bumi.

Ia dijadikan subur di negara-negara yang berbeza. Ia membuktikan betapa adilnya Allah memberi hambanya peluang untuk merasa.

Apakah jenis buah-buahan yang dimaksudkan?
Mari kita lihat.

1) Pisang

“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak,

Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.”

(Al-Waaqi’ah 56:28-34)

Buah Buahan dalam Alquran

Rakyat Malaysia atau Asia, cukup sinonim dengan buah pisang.

Ia dikira salah satu buah-buahan tempatan yang boleh di dapati sepanjang masa.

Namun, tidak ramai yang tahu, ia salah satu buah-buahan yang bakal terdapat di Syurga.

Untung kita dapat menikmati rasa hidangan Syurga dengan mudah di negara Malaysia.

2) Anggur

“Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur.

Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”

(Al-Mu’minuun 23:19)

buah buahan dalam alquran

Buah anggur yang sedap mudah di dapati di negara beriklim sejuk.

Sungguh, buah ini sedap dan manis rasanya!

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna.

Namun, ia agak mahal untuk di beli di Malaysia, kerana perlu diimport dari negara luar.

3) Zaitun

“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.

Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.”

(Al-Nahl 16:11)

Buah zaitun mula berbuah ketika pokok mencecah umur lima tahun dan usianya dapat menjangkau sehingga ribuan tahun.

Pohon zaitun yang berumur ribuan tahun di antaranya pernah ditemui di Palestin. Pohon itu telah mencecah usia 2000 tahun.

4) Kurma

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama;

dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya)

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.”

(Ar-Ra’d 13:4)

buah buahan dalam alquran

Kurma merupakan makanan harian kepada mereka yang tinggal di negara Timur Tengah.

Pokok kurma subur di kawasan gurun panas dan berpasir. Oleh itu, ia lebih mudah di dapati di negera-negara seperti Iraq, Semenanjung Arab dan Afrika Utara sehingga ke Magribi.

Pokok kurma dikatakan telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.

5) Delima

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar;

dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).

Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan);

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

(Al-An’aam 6:141)

Tidak dapat disangkal, buah delima punya banyak khasiat untuk kesihatan manusia.

Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Kini, ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria dan Turki.

Baca juga: 4 Kesilapan ini Boleh Membatalkan Solat

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian