Suami Buang Rasa Malu Untuk Belajar Al-Quran Walaupun Sudah Berusia

Masalah biasa dihadapi orang dewasa untuk belajar Al-Quran adalah – MALU.

Saya kongsikan kisah suami Puan Mona.

Semoga menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk kita semua terus belajar dan membuang perasaan malu!

Suami Malu Dan Menjauhkan Diri

Asalnya dulu, Mr Hubby tak pandai langsung membaca Quran. Malah beliau tak dapat pun mengenali sesetengah huruf di muqaddam.

Katanya masa kecil beliau tak berkesempatan ke kelas agama, or kelas mengaji, sebab sering kena tolong bapanya berniaga sayur di market.

Beliau sering bersedih dan rasa rendah diri bila kami sekeluarga membaca Yaasin. Beliau akan duduk jauh dari saya dan anak-anak, membaca seorang diri dengan sangat perlahan. (Hanya saya yang tahu tentang kekurangan itu, anak-anak tidak tahu).

Dan beberapa tahun sudah, sebaik pulang umrah, Mr Hubby memegang tangan saya, air matanya bercucuran, dan dia berkata:

‘Mama I nak belajar mengaji. I dah cari ustaz datang rumah. Dah lama nak buat, tapi I malu kat U dan anak-anak.. tapi now I nak lawan perasaan malu tu. I dah berdoa depan Kaabah.

I dah menangis minta dengan Allah, bagi lah I kekuatan untuk I lawan rasa malu, dan permudahkanlah untuk I, I nak sangat membaca Quran..’

Saya menangis mendengarnya. Saya peluk dia dan kata saya sangat bangga dengan dia, jangan sesekali malu untuk berjuang mencari ilmu, apatah ilmu Allah.

Esoknya saya panggil anak-anak dan maklumkan hal itu. Saya explain supaya anak-anak faham abah mereka tidak bernasib baik seperti kita yang lain.

Saya minta anak-anak bagi sokongan. Jangan sesekali pandang rendah dan memalukan abah. Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami.

Dan mulai esoknya setiap hari jam 7 pagi, seorang tahfiz muda bermotosikal datang ke rumah selama 1 jam mengajar Mr Hubby mengenali muqaddam sampailah Al Quran.

Start hari tu juga saya menyaksikan seorang ‘pelajar’ yang sangat bersemangat.

Dia tidak pernah mahu ponteng.

Malah jika cikgunya ada hal Mr Hubby akan menghubunginya melalui telefon dan akan belajar melalui telefon selama 1 jam!

Suatu Ketika Dulu

Alhamdulillah, saya 12 adik-beradik masa kecil diajar mengaji oleh ayah yang sangat garang.

Bacaan Quran kami lengkap dgn ilmu tajwid. Ayah mngajar sambil pegang ranting asam jawa.

By the time habis waktu mengaji, luruh semua daun asam jawa dilibas ke badan kami.

Kerana itu, sejak dari kecil pun saya dah boleh hafal seluruh Yaasin tanpa perlu merujuk buku untuk membacanya.

Mr Hubby Berjaya Khatam Al-Quran!

MasyaAllah!

Mulai saat itu saya memiliki Mr Hubby yang baru.

Yang hidupnya mula diselimuti ayat-ayat Al-Quran.

Bukan saja di rumah, malah di dalam kereta.

Hanya ayat-ayat Al-Quran yang dipilih menemani dan menjadi halwa telinganya.

Saya sangat bersyukur.

Apabila Allah mahu memberi hidayah dan Mr Hubby adalah antara orang-orang yang beruntung yang dipilih Allah.

Alhamdulillah.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian