Buang Terus 10 Perangai Buruk Ini Kalau Anda Serius Nak Pandai Mengaji

Kalau anda memang serius nak pandai mengaji anda perlu bertindak segara.

Dalam apa saja perkara yang anda lakukan sekarang.

10 perangai buruk ini anda perlu buang terus dan jangan biarkan diri anda terjerumus buat perangai buruk ini.

Saya tahu semua orang pasang niat nak pandai mengaji dan itulah sikap biasa yang ada pada semua manusia yang bergelar Islam.

Biasanya orang akan tekankan untuk membina amalan baik di dalam diri sendiri.

Tapi mungkin anda rasa agak susah nak buat macam tu.

Jika anda rasa susah nak pandai mengaji juga, anda boleh cuba cara ini.

1. Jangan Sia-siakan Masa Walaupun Seminit

Seseorang yang ingin berjaya dan cemerlang perlulah menggunakan masa dengan sebaiknya.

Orang-orang yang berjaya juga berkongsikan tips mereka kalau nak berjaya perlu bijak menggunakan masa.

Siapa kata seminit tu sekejap? Kalau yang sedang belajar kenal huruf seminit tu kita boleh dapat kenal 2 atau 3 huruf tau.

Wah betapa bermanfaatnya masa yang kita guna tu kan?

2. Gunakan Masa Di Awal Pagi Dengan Sebaiknya

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji semula yang anda sudah pelajari.

Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.

Kalau pada hari tersebut anda ada kelas, anda boleh ulangkaji dulu sebelum kelas bermula.

Itu akan memudahkan sesi pembelajaran anda sebab anda dah tahu apa yang akan diajar.

Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

InsyaAllah.

3. Ulang Banyak Kali

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu.

Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.

Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

4. Sentiasa Bertanya Kalau Tidak Faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.

Biar pun anda sudah faham, anda masih boleh bertanya.

Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.

Anggapkan guru anda,keluarga anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

5. Jangan Berputus Asa

Jangan suka mengukur prestasi anda dengan orang lain.

Mungkin mereka berjaya kerana mereka lebih.

Sebenarnya, kegagalan kita merupakan tangga pertama untuk membawa anda kepada kejayaan suatu masa nanti.

Teruskan usaha dan jangan berhenti.

6. Tinggalkan Kawan Yang Beracun

Ada kawan jenisnya nak kondem kelemahan orang.

Hah orang yang macam inilah kita kena jauhkan diri, jangan dekat kalau boleh tak payahlah berkawan dengan dia.

Bukan nak membenci, tapi dalam hadis sahih juga ada menerangkan :

والمراد بهذا الحديث الحض على ترك أذى المسلمين باللسان واليد والأذى كله

Maksudnya : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.

(HR Al-Bukhari)

Jadi daripada sakit hati takpun rasa down lebih baik jangan dekat dengan mereka.

7. Jangan Sesekali Jadi Manusia Yang Sempurna

Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. 

Kalau nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembak pun tak akan reti.

Samalah macam mengaji, kalau nak mengaji tapi kena tunggu diri tu sempurna, alim hm alamatnya sampai ke tua lah kita tak pandai mengaji.

Anda cuma tekad untuk buat yang terbaik sahaja. Biarlah salah sekalipun.

Kalau tak salah anda takkan tahu yang betul.

Bila hasilnya tak sempurna cari apa yang boleh dibaiki dan cuba lagi.

8. Buang Sikap Cari Alasan

Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar.

Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi.

Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.

Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini.

Latih diri cari jalan.

Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

9. Berhenti Untuk Berfikiran Tertutup

Orang yang berfikiran tertutup tidak akan jumpa sampai bila-bila kebolehan diri sendiri.

Itu satu tanggapan yang amat tersasar dari sikap orang yang mahu berjaya.

Apa saja yang anda nak jadi, apa saja kejayaan besar yang anda mampu bayangkan, semuanya adalah mungkin belaka.

Tak kisah apapun sejarah anda di belakang hari yang lalu.

10. Buang Perangai Berfikiran Singkat

Fikir panjang jauh jauh dalam apa saja usaha. Jangan asyik nak malas dan jangan nak buat tak tahu.

Semakin jauh orang berpandangan, semakin kita berfikir besar sebenarnya peranannya dalam kehidupan.

Hidup hanya sekali, jadi anda perlu jalani kehidupan dengan cara yang betul, berbaloi walaupun ianya hanya sekali.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian