2 Langkah Praktikal Untuk Baca Hamzah Wasal

2 Langkah Praktikal Untuk Baca Hamzah Wasal

Keliru Cara Baca

Antara soalan yang kerap ditanyakan kepada kami sepanjang menjalani kelas dan seminar Celik Alquran adalah : Hamzah Wasal

Ramai yang keliru tentang cara bacaan Hamzah Wasal ketika di awal ayat.

Contohnya seperti bacaan ayat di bawah;

Apa cara membaca di awal ayat?
Adakah mahu dibaca sebagai;

  1. Azhab atau
  2. Izhab atau
  3. Uzhab

Dalam post kali ini kita bakal bincangkan tentang cara membaca Hamzah Wasal di awal kalimah.

Hamzah wasal hanya dibunyikan apabila ianya berada dihadapan dan kita ingin mulakan bacaan.
.
Jika di tengah-tengah, ia tidak dibaca.

.

Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada 2 BAHAGIAN iaitu apabila:
.
1. Hamzah Wasal berjumpa Huruf Lam.

2. Hamzah Wasal berjumpa dengan selain daripada Huruf Lam.
.

*******
BAHAGIAN 1
*******
Apabila Hamzah Wasal berjumpa dengan HURUF LAM maka ianya akan dibariskan dengan baris atas.
.

.

Biasanya part bahagian 1 ni clear. Takde masalah. Boleh baca dan faham dengan mudahnya.
.

Yang selalu jadi ‘confius’ adalah bahagian 2.
.

Okey.. Teruskan bacaan.
.

*******
BAHAGIAN 2
*******
Seterusnya apabila Hamzah Wasal berjumpa dengan SELAIN HURUF LAM, ianya akan dibariskan dengan merujuk kepada HURUF KETIGA.
.

Apa cara merujuk kepada HURUF KETIGA tu?
.

Apabila huruf ketiga berbaris hadapan, maka hamzah wasal dibaca dengan baris hadapan.
.

Apabila huruf ketiga berbaris atas atau bawah, maka hamzah wasal dibaca dgn baris bawah.

Lebih lanjut, lihat jadual di gambar.
.

Boleh minta tolong tekan share lepas baca?
Supaya lebih ramai lagi dapat tahu dan belajar.

~~~

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

8 Tip Seronok Membaca Al-Quran

Kita semua tahu membaca Al-Quran dapat pahala. Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya. Kadang-kadang timbul rasa malas dan tak bersemangat. Ishh.. Tapi sayanglah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian