Secara keseluruhannya, ada 3 peringkat yang perlu dikuasai sebagai asas bagi mengenal huruf Alquran. Peringkat tersebut adalah;
Pertama, Mengenal Bentuk Huruf. Dalam peringkat ini, kita perlu membezakan bentuk huruf apabila dalam keadaan tunggal. Kita perlu mengenalpasti bunyi setiap huruf dan membezakan bunyi setiap satunya.
Kedua, Mengenal Bentuk Bersambung. Sangat ramai dikalangan mereka yang mula belajar Alquran menghadapi masalah pada peringkat ini. Mereka keliru dalam membunyikan dan membezakan bentuk apabila huruf-huruf ini bersambung.
Ketiga, Membaca Dengan Pelbagai Baris. Apabila huruf tunggal dan huruf bersambung berjaya dikuasai, proses untuk membaca dengan bacaan pelbagai baris menjadi lebih mudah. Kerana konsep asas membaca Alquran adalah mengenal huruf dan boleh membaca dengan pelbagai baris.
Dalam satu masa pembelajaran, anda dinasihatkan mempelajari 1 latihan sahaja. Pastikan anda betul-betul mahir dan membaca dengan lancar sebelum beralih kepada latihan yang seterusnya.