5 Tip Berkesan Untuk ‘Istiqamah’ Membaca Al-Quran Setiap Hari

Bagaimana cara untuk istiqamah membaca Al-Quran setiap hari?

Apa itu istiqamah? Makna lain bagi istiqamah adalah konsisten dan berterusan.

Hmmm.. ini merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh semua orang.

istiqamah baca alquran

Sibuk, tak sempat, takde masa, penat, adalah perkara yang  sering dijadikan alasan untuk tidak menjadikan membaca Al-Quran sebagai satu amalan.

Jadi, disini kami kongsikan beberapa  tips yang terbaik supaya kita semua dapat istiqamah dalam membaca Al Quran :

.

#1: Susun Jadual

Sebenarnya, kita boleh susun jadual kita sendiri untuk aktiviti membaca Al-Quran.

Waktu terbaik yang disarankan  adalah sebelum masuknya waktu solat, ataupun selepas selesai solat.

Jika masa merupakan masalah utama, cuba amalkan selepas kita selesai menunaikan solat maghrib dan sebelum masuknya waktu isyak sebab,  waktu maghrib ini singkat.

Jadi, sementara nak tunggu masuk waktu isyak, bolehlah kita isikan dengan zikir dan mengaji Al-quran

.

#2: Satu Muka Surat Untuk Satu Hari

Baca Al-quran sebanyak satu muka surat dalam satu hari untuk setiap hari.

Anda boleh bermula dengan beberapa potongan ayat.

Apabila kita dah semakin lancar dan mahir, bolehlah amalkan dua muka surat dalam satu hari dan seterusnya.

.

Baca juga: Perempuan ini khatam mengaji selepas 34 Tahun!

#3: Baca Al-Quran Dan Terjemahannya Sekali

Sambil membaca Al-Quran, eloklah kiranya kita ambil tahu sekali makna atau terjemahannya.

Untuk lebih mudah, kita gunakan Al-Quran yang mempunyai terjemahan ‘per kata’.

Sekurang-kurangnya kita tahu dan faham maknanya di dalam bahasa melayu.

Antara kelebihan menggunakan Tafsir Quran ini juga, kita tidak diwajibkan untuk berwudhuk, jadi alasan kita tiada wudhuk, tak boleh lagi digunakan untuk bermalasan dalam membaca Al-Quran.

.

istiqamah baca alquran

.

#4: Letak Al-Quran Di Tempat Yang Mudah Di Lihat Dan Dicapai

Tabiat malas memang merupakan masalah utama bagi sesiapa sahaja.

Malas nak bergerak, malas nak ambil wudhuk, malas itu, malas ini. Itu biasa.

Sekiranya kita berniat untuk mengaji selepas waktu solat, maka letakkanlah al-Quran itu dekat dengan tempat solat kita bagi memudahkan  untuk kita capai dan baca.

Tapi kita kena pastikan Al-Quran itu diletakkan di tempat yang tinggi.

Kita juga boleh ambil sedikit waktu untuk mengaji di pejabat sekiranya kita dapat menyelesaikan tugasan atau kerja kita awal daripada biasa.

Maksudnya ketika kita tidak sibuk. Jadi, letakkan Al-Quran di atas rak berdekatan dengan tempat kita buat  kerja

.

#5: Gunakan Media Sosial

Manfaatkan  teknologi  sebaik-baiknya.

Ruginya kalau kita dah ada smartphone yang canggih, tapi tidak digunakan untuk menambah nilai ibadah kita.

Banyak aplikasi yang boleh kita muat turun dan gunakan antaranya seperti Youtube.

Kebanyakkan bacaan Al-Quran yang disediakan telah disertakan sekali dengan subtitle.

media sosial

Jadi bolehlah kita mendengar sambil membaca bersama.

Kaedah ini juga dapat membantu mempercantikkan lagi cara bacaan kita terutamanya dari segi tajwid, dan panjang pendek bacaan,  selain membantu untuk lebih faham dimana tempat yang kita boleh berhenti, patut berhenti dan tidak boleh berhenti.

Mudah bukan? Jadi, diharapkan tips ini dapat membantu anda semua untuk lebih istiqamah untuk membaca Al-Quran.

.

Baca juga: 5 Doa Terbaik Amalan Untuk Anak

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Makhraj Huruf

Video: 5 Bahagian Makhraj Huruf

Bagi setiap huruf dalam Alquran, ada cara mahu menyebutnya. Jika sebutan kita betul, tepat lah bunyinya. Jika sebutan salah? Perkara sebaliknya berlaku. Setiap huruf dalam Alquran

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian