Penjelasan Surah Makkiyah Dan Surah Madaniah Dalam Al-Quran

Cara Mudah Membezakan Surah Makkiyah Dengan Surah Madaniah

makkiyah

Al-Quran merupakan wahyu dari Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad Sholallahu Alaihi Wassalam buat seluruh umat manusia di bumi ini. Fungsi Al-Quran adalah sebagai petunjuk ke arah jalan yang lurus iaitu dengan menegakkan asas-asas kehidupan yang berdasarkan pada keimanan kepada Allah SWT serta kepada risalah-risalah-Nya.

Dalam erti kata lain, Al-Quran merupakan panduan hidup buat umat Nabi Muhammad dalam mendapatkan kehidupan yang diredhai Allah serta memperoleh Syurga atas izin Allah.

Untuk pengetahuan, surah-surah Al-Quran diturunkan di dua tempat sahaja iaitu di Makkah (Al-Makkiyah) dan Madinah (Al-Madaniyah). Dalam pada itu, tahukah anda Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT baik itu di Mekkah dan di Madinah memiliki karakteristik yang berbeza, baik dari segi makna mahupun dari segi iramanya.

Berikut merupakan ciri-ciri yang tersedia pada ayat Makiyah dan juga Madaniyah yang boleh anda kesan selepas mengetahui perbezaan-perbezaannya.

Surah yang diturunkan di Makkah

Seperti yang telah kita sedia maklum, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T di kota Makkah berlaku sewaktu Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah. Surah-surah tersebut terdiri daripada surah Al- fatihah, Al- A’raf, Yunus, Al- An’am, Ar- Rad, Yusuf, An- Nahl, Al- Isro, Al- Hajj, dan beberapa surah al-Quran yang lainnya. Berikut merupakan ciri-ciri yang menunjukkan surah tersebut diturunkan di Al- Makiyyah:

1. Kata-kata atau kalimat yang digunakan.

Surah-surah yang diturunkan di Makakh sering kali mempunyai ayat atau suku kata yang pendek-pendek. Kata-kata yang dipergunakan dalam surah tersebut seolah bersajak atau bersyair di mana ia mengungkapkan perasaan. Satu lagi cara untuk mudah mengesan surah yang diturunkan di Makkah adalah terdapatnya lafadz kalla dan ya ayyuhannass.

2. Kandungan atau isi

Pembaca Al-Quran juga dapat mengesan surah tersebut menerusi kandungan atau isinya dengan memerhatikan isi kandungan atau ayat-ayatnya. Ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan di Makkah menyeru orang ramai untuk bertauhid, beribadah kepada Allah SWT serta meninggalkan segala bentuk peribadatan kepada yang selain Allah SWT.

Selain itu, ayat-ayat Al- makiyyah juga mengisahkan tentang para nabi dan kehidupan umat-umat terdahulu seperti pembuktian tentang kewujudan Allah SWT, kebenaran akan adanya hari kebangkitan dan hari pembalasan, kedatangan hari kiamat dan segala kengeriannya dan juga penjelasan tentang Syurga dan segala kenikmatannya.

Seksaan terhadap neraka juga turut digambarkan menerusi surah yang diturunkan di Makkah. (Al-Makkiyah)

Surah yang diturunkan di Madinah

Surah yang diturunkan di Madinah diterima Rasulullah selepas berhijrah dari Mekah ke Madinah. Surah-surah yang diturunkan di Madinah terdiri daripada surah Al- Baqarah, QS. An-Nisa’, QS. Ali Imron, QS. Al- Maidah, QS. At- Taubah, QS. Al- Hujurat, dan beberapa surah lainnya. Berikut merupakan ciri-ciri surah yang diturunkan di Madinah.

1. Kata-kata atau kalimah yang dipergunakan

Ayat atau surah-surah yang tergolong Al- Madaniyyah menggunakan ayat mendalam. Dalam erti kata lain, ayat-ayatnya sangat berbeza dengan ayat yang diturunkan di Makkah.

Selain itu, pembaca dapat mengesannya menerusi ayat yang Terkandung seruan “Ya ayyuhalladzina aamanuu”. Ayatnya panjang-panjang dan menggunakan gaya bahasa yang dapat menjelaskan tujuan dari ayat tersebut serta dapat memantapkan syariat.

2. Kandungan atau isi

Surah yang diturunkan di Madinah menyeru kepada kewajiban bagi setiap makhluk serta saksi-saksinya seperti perintah untuk beribadah serta beramal soleh. Perintah untuk berjihad, perintah kepada ahli kitab untuk masuk islam, perintah untuk berdakwah dan sebagainya Setiap surah yang diturunkan di Madinah disebutkan tentang orang-orang munafik kecuali pada surah Al-Ankabut.

Kepentingan mengetahui perbezaan surah Al-Quran yang diturunkan

Seperti yang kita sedia maklum, membaca Al-Quran bukan sahaja untuk mendapatkan ganjaran pahala sebaliknya untuk kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Mengetahui perbezaan surah yang diturunkan di dua tempat berbeza ini secara tidak langsung memudahkan kita untuk memahami ayat-ayat tersebut.

Selain itu, umat Islam yang cakna tentang perkara ini juga secara tidak langsung dapat mengetahui surah manakah yang diturunkan terlebih dahulu sebelum surah daripada Madinah diturunkan. Didoakan semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membantu kita semua dalam menjadi mukmin yang lebih baik sekaligus mendekatkan diri kepada Al-Quran yang sememangnya wajar dijadikan panduan hidup. Untuk belajar mengenai tajwid bacaan Al-Quran boleh terus klik di sini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Kisah Inspirasi

Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku. Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu.  Jasa baik ayah dalam membesarkan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian