Sejarah: Kelas Belajar Alquran Dewasa

Permulaan Celik Alquran

Celik Alquran diasaskan oleh Ustaz Syukur Sapuan. Beliau berasal dari Kota Tinggi, Johor. Sebelum ini beliau mengajar Sekolah Rendah di selatan tanah air selama 3 tahun.

 

Sewaktu di sekolah beliau dapati ramai anak-anak muridnya menghadapi masalah dalam mengaji Alquran.

 

Lalu beliau berfikir dan mencari wujudkan kaedah yang lebih praktikal untuk anak-anak ini boleh belajar mengaji Alquran dengan lebih cepat dan mudah.

Beliau mengkaji, belajar melalui kelas-kelas dan bacaan buku.

Setelah itu beliau dapati banyak kaedah-kaedah pengajaran Alquran di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

 

Beliau belajar pelbagai kaedah seterusnya murnikan kaedah-kaedah ini, kemudian berkongsi semula dengan anak-anak muridnya di sekolah.

Apabila beliau kongsikan kepada anak muridnya, wujud permintaan daripada golongan dewasa untuk belajar Alquran dari awal.

Pada mulanya beliau tidak menyangka masih ramai golongan dewasa yang masih belum boleh mengaji Alquran.

.

Ramai Tak Boleh Mengaji

Namun hakikatnya memang sangaaaat ramai !

Pada 2015, beliau mengambil keputusan cuti tanpa gaji seterusnya mengadakan program Celik Alquran secara sepenuh masa untuk membantu golongan dewasa daripada tidak mengenal huruf sehingga boleh membaca Alquran dengan baik.

 

 

Dan fokus program Celik Alquran sememangnya adalah fokus kepada membantu golongan dewasa sahaja buat masa ni.

 

Kerana kami melihat, tiada program di Malaysia yang fokus dan benar-benar khusus untuk membantu golongan dewasa belajar mengaji dari awal.

 

Berminat untuk sertai program anjuran Celik Alquran?

Boleh whatapps kami di 018-4747344

atau lebih mudah terus klik disini >> www.wasap.my/60184747344/belajar_alquran_dewasa

Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku. Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu.  Jasa baik ayah dalam membesarkan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!