Bagaimana Program Celik Al-Quran Dewasa Bermula?

Bagaimana program Celik Alquran Dewasa bermula?

Ini adalah perkongsian kisah benar daripada salah seorang Team Celik Alquran iaitu pengasasnya sendiri.

Saya di dalam post ini adalah merujuk kepada Ustaz Syukur Sapuan.

sebab bermula program celik alquran

 

Saya pernah ditanyakan:

Apa kisah di sebalik Celik Alquran ni? Bagaimana ia bermula?”

Saya jawab hari ini dengan menceritakan kisah beberapa tahun lalu.

 

***

Kenangan 3 tahun lepas ke Gaza, Palestin.

misi gaza alquran

Saat ini, saya menyertai sahabat-sahabat Misi Solidariti bersama Aman Palestin. (MSG2012)

Kenangan terindah dan sukar dilupakan.

celik alquran palestin

 

Waktu ni kami masuk ke Gaza menerusi Mesir.

Ini kisah sewaktu zaman pemerintahan Presdiden Morsi.

Sekarang ni, khabarnya pintu keluar masuk ke Gaza sangat ketat dan memang susah untuk keluar masuk.

 

.

Antara perkara yang menginsafkan saya sewaktu ke sana adalah penduduknya sentiasa tersenyum ceria walaupun negara mereka adalah negara berperang.

“Israil boleh memusnahkan negara kami, namun mereka takkan mampu mematahkan semangat kami. Kerana kami ada Allah bersama”

 

Dan kata-kata lain yang mampu membasahkan air mata saya,

“Kami rela mati asalkan Tanah Palestin ini tidak tergadai dan jatuh ke tangan kuffar”

 

Tahap tawakal mereka kepada Allah memang benar-benar di tahap maksima!

solat zohor gaza palestin

Kisah Penduduk Gaza

Banyak perkara yang saya belajar sewaktu di sana.

Antaranya..

Roti dijual dalam 3 harga.

1. Dijual pada harga biasa pada orang yang mampu
2. Dijual pada harga kos pada orang susah
3. Disedekahkan sahaja buat fakir miskin

 

roti di gaza

Mendengar cerita direct daripada lisan mereka sendiri.

Apabila dengar cerita mereka ni.

Kami waktu tu rakyat Malaysia rasa malu sangat.

 

masjidil haram

Keadaan solat subuh, masjid penuh.

Walaupun tak secantik masjid di negara kita dan nampak ada kesan bom disana-sini.

 

Polis berkawal sambil memegang tasbih dan berzikir.

Disini saya dapat lihat lagi tahap kebergantungan mereka kepada allah memang betul-betul tinggi.

.

Selain itu,

Alquran dan hadis dalam dada dan ingatan.

Jika tuan puan biasa dengar tentang Alqassam iaitu pahlawan Palestin ni.

Antara kelayakan untuk join

1. Hafal Alquran
2. Hafal hadis
3. Jaga solat berjemaah

Untuk kelayakan solat berjemaah tu, akam ditanyakan kepada ketua kampung kariah pemuda tersebut.

Minima 40 hari tak tinggal solat berjemaah!

 

Perubahan pada diri

Balik daripada sana banyak mengubah diri saya sendiri.

Dan saya sangat yakin,

Masyarakat dan negara akan jadi baik apabila rakyatnya jaga 2 perkara.

Apakah 2 perkara tersebut?

1. Jaga Solat
2. Jaga Alquran

 

Saya dan Alquran

Seterusnya, apabila di sekolah (dulu saya guru) saya rasa sedih sangat apabila masih ramai anak-anak di sekolah masih belum pandai mengaji.

Kalau baca Alquran tak reti, nak jadi apa budak-budak ni?

Rentetan daripada kisah kisah ini yang menjadi WHY dan sebab yang kuat untuk saya belajar dan mengkaji cara yang paling mudah untuk belajar Alquran.

Apabila saya jumpa kaedah yang cepat dan mudah untuk mengajar budak-budak, ibu bapa pula turut ingin belajar.

Dan.. itulah yang membawa kepada kepada program Celik Alquran khusus Dewasa.

Sehingga hari ini.

Saya fokus kepada membantu golongan dewasa yang masih belum boleh mengenal huruf kepada mengenal huruf seterusnya membaca Alquran bertajwid.

Mohon doakan usaha murni ini diberkati!

 

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

Sukan dan Al-Quran (1)

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.” ~ Hadis Riwayat Muslim   Islam adalah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian