Wanita Ini Bercerita Mengenai Cintanya Kepada Surah Al-Kahfi

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

Al-Quran itu hidup. Surah Al-Kahfi terutamanya, memberi kesan yang mendalam kepada diri saya.

celikalqurandotcom-mengaji-alquran-online

Tidak dapat dinafikan, Surah Al-Kahfi banyak kelebihannya jika diamalkan setiap hari.

10 ayat pertama dan terakhir dan mengaji keseluruhan surah setiap hari Jumaat.

Ia surah yang dapat melindungi manusia yang lemah daripada fitnah Dajjal, di akhir zaman.

Jika ditekuni maksud surah ini, ia penuh dengan pengajaran tentang kehidupan manusia dan kuasa Illahi.

Bacalah dengan mata hati, insyaAllah pasti terkesan di hati.

istiqamah baca alquran

Kenapa Surah Al-Kahfi?

Saya mula terdetik mahu mengenali surah ini dengan lebih dekat apabila pusat mengaji berhampiran rumah menjadi viral pada salah satu malam Jumaat.

Ia berlaku apabila beberapa ayat Al-Kahfi dari al-Quran yang anak-anak mengaji sedang baca hilang secara tiba-tiba.

Mengapa Surah Al-Kahfi yang hilang bukan surah yang lain?
Hanya Allah yang tahu rahsia disebaliknya.

kenapa perlu mengaji alquran

Al-Kahfi Menjadi Halwa Telinga

Sejak itu, saya mula membiasakan surah itu dipasang menjadi halwa telinga dan keluarga.

Umrah pertama saya di Tanah Suci pada Mac, tahun 2015 merupakan detik pertama saya menjadi pengamal Al-Kahfi setiap hari Jumaat.

Alhamdulillah, saya diberi rezeki untuk membaca setiap Jumaat.

Sungguhpun saya seorang wanita, Allah mengizinkan untuk saya bebas hadas besar setiap bulan kerana menyusukan anak sepenuhnya sejak awal perkahwinan.

Pada tahun pertama, saya hanya tertinggal membaca 2 kali sahaja. Saya benar-benar terlupa ia hari Jumaat ketika itu. Mungkin juga kerana Allah tidak mahu ada rasa riak dan ujub di dada.

celikalquran-dot-com-ibu-anak-surah-alkahfi

Setelah mengamalkan surah itu hampir setahun setengah, saya menghampiri saat-saat untuk melahirkan anak saya yang ke-5.

Due date itu sekadar tarikh. Tarikh kelahiran sebenar bayi terletak di Luth Mahfuz sana.

Namun, Al-Kahfi seakan-akan bercerita dengan saya. Jumaat yang lepas, ketika membaca surah itu sebagai rutin mingguan, ada suatu rasa sebak yang kuat di dada.

Surah yang panjang itu terasa pendek. Ayat yang terakhir seperti tidak mahu saya baca untuk dihabiskan.

Suatu perasaan seperti saya tidak akan bertemu dengan surah itu untuk minggu-minggu yang akan datang.

Selepas membaca surah itu, saya termenung panjang. Sayu, sedih.

belajar alquran dewasa

MasyaAllah, Tabarakallah. Benar seperti apa yang dijangka!

Al-Kahfi itu benar-benar memberi tanda kepada saya. Saya selamat melahirkan puteri ke-5 pada hari Khamis, jam 2:30 am seminggu selepas itu.

Saya tidak sempat untuk bertemu Al-Kahfi untuk Jumaat minggu itu.

Mudah-mudahan ia cuti yang seketika sahaja. Saya sudah mula merindui Al-Kahfi hari ini.

Mendengar atau membaca maksud ternyata tidak sama dengan mengaji dalam Bahasa Syurga yang diwahyukan istimewa untuk umat akhir zaman.

kelas alquran dewasa

Saya bukanlah insan istimewa, membaca juga tidak pernah tahu maksud yang ada.

Saya cuma belajar untuk istiqomah melakukan sedikit amalan kecil setiap hari.

Walaupun, mata kasar tidak nampak hasil yang Allah cuba beri, percayalah janji Allah sentiasa pasti.

Adalah tu saham untuk kita dihujung hari. Jika bukan pada kita, pada ahli keluarga yang tercinta.

Ia pelaburan yang sentiasa manis, baik di dunia mahu akhirat nanti. Berdamailah dengan Al-Quran, bacalah selagi hayat masih ada, lisan masih fasih untuk membaca.

Kedamaian yang dibawa tiada gantinya. Ia kelebihan anugerah Illahi.

 

Kisah benar ini disumbangkan oleh Puan Sabrina Ismail dari Tawau Sabah. Anda ada kisah inspirasi berkenaan Alquran ingin disumbangkan kepada kami?

Boleh emelkan ke, [email protected]

Baca lagi: Wanita ini mula belajar mengaji pada usia 42 Tahun.

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian