10 Ciri Istimewa Iqra Buatkan Ia Mudah Dipelajari

Kaedah Iqra’ adalah satu kaedah mempelajari Al-Quran yang terkenal hari ini.

Kaedah ini dihimpunkan di dalam 6 jilid buku nipis yang kecil untuk mereka yang mahu belajar Al-Quran.

Ternyata, kaedah ini amat mesra kanak-kanak juga orang dewasa.

ciri-iqra-celik-alquran

Mengapa kaedah ini popular bagi mereka yang mula belajar Alquran?

Kerana, ia mudah di fahami dan senang di bawa ke mana-mana untuk ulangkaji.

Kami juga telah mengenalpasti beberapa ciri peBuku Iqra’ ini dibukukan atas beberapa ciri-ciri penting :

 

  1. Bacaan langsung

Bacaan secara langsung melalui Iqra’ membuatkan pembaca terus mengenal bunyi mengikut tanda bacaan.

Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung.

Ini membuatkan mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.

kaedah-iqra-belajar-alquran

 

  1. Penggunaan teks tertentu

Setiap jilid telah diasingkan mengikut tahap mudah baca kepada 6 buku yang berasingan.

Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza warna untuk menarik minat si pembaca.

 

  1. Teknik dorongan dan pujian

Iqra ini dijadikan mudah agar ia senang difahami dan pembaca Al-Quran menjadi yakin untuk belajar dari hari ke hari.

Setiap muka surat diatur mengikut tahap mudah,

agar semua orang dapat melepasinya dan layak mendapat pujian setiap kali mereka mambaca.

iqracelikalquran

  1. Talaqqi Musyafahah

Iqra’ ini telah memecahkan huruf demi huruf untuk dipelajari.

Ini mengukuhkan lagi bacaan.

Kerana guru mengaji cenderung untuk fokus mengajar setiap makhraj dengan betul apabila menggunakan kaedah iqra’ ini.

Apa itu makhraj?

Ianya adalah cara sebutan bagi setiap huruf Alquran.

Baca: Cara Mudah Kuasai Makhraj Huruf

Satu huruf demi satu huruf akan di ajar dengan teliti.

Itu antara kelebihan iqra’ yang ramai pembaca cari.

mengaji alquran

 

  1. Tahap berasaskan pencapaian individu

Pencapaian setiap pembaca bergantung kepada usaha dan kebolehan diri sendiri juga sokongan padu tenaga pengajar.

Yang cekap akan beralih kepada buku baru, yang kurang mahir akan teruskan pembacaan sehingga lancar.

 

  1. Tenaga pembimbing

Untuk menjadikan pembacaan iqra’ lebih efektif, guru pembimbing perlu ada untuk setiap murid yang mahu belajar.

Disarankan seorang guru untuk mengajar maksima 5-6 murid sahaja.

Cara itu membuatkan guru dan murid lebih fokus dan cepat pandai belajar Al-Quran.

masalah belajar membaca alquran

  1. Latih tubi

Latihan demi latihan, itu adalah kunci kejayaan kaedah ini.

Iqra’ dijadikan mudah dan ringan untuk diulang bacaan di mana sahaja.

Iqra’ dicipta agar semua orang mampu membaca Al-Quran.

Teori tajwid tidak dimasukkan sekali di dalam buku-buku ini kerana tidak mahu mengelirukan pembaca.

Apabila sudah tamat membaca semua buku-buku Iqra’, baru ilmu tajwid akan diajar untuk mengukuhkan lagi bacaan mereka.

 

  1. Sistematik

Huruf-huruf di dalam buku Iqra’ sengaja disusun secara lengkap, sempurna dan terancang.

Dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf tunggal.

Seterusnya memperkenalkan huruf-huruf sambung,

Huruf yang dibaca dengan panjang, sehingga menjadi ayat-ayat yang lebih panjang dan bermakna.

Struktur susunan huruf di dalam buku iqra’ ini cukup sistematik membuatkan ianya mudah difahami dan dibaca.

kaedahiqracelikalquran

  1. Komunikatif

Buku ini mesra kanak-kanak.

Disusun secara rapi, dari mudah hingga ke tahap lebih tinggi secara berperingkat membuatkan kanak-kanak tidak takut untuk mencuba dan terus berusaha membaca.

Selain itu, kanak-kanak telah diperkenalkan dengan bacaan panjang dan pendek dari awal lagi.

Ini membuatkan bacaan mereka lebih lancar ketika membaca Al-Quran kelak.

 

  1. Fleksible dan Mudah alih

Boleh dibawa ke mana sahaja.

Buku iqra’ ini nipis dan bersaiz buku poket membuatkan ia boleh dibaca di mana sahaja.

Tua atau muda. Ia sesuai untuk semua, tidak kira bangsa atau negara.

Baca juga: Tahukah anda? lelaki ini adalah pencipta Kaedah Iqra

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Asas Alquran

Apakah Keistimewaan Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah. Sudah tentu banyak keistimewaannya. Terdapat ayat yang menunjukkan keistimewaan Al-Quran. Firman Allah SWT: الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian