6 Sebab Kenapa Orang Tak Suka Membaca Al-Quran

Membaca itu fitrah manusia. Pada peringkat awal membesar, manusia memang akan belajar untuk baca apa-apa yang mereka nampak. Macam-macamlah orang baca.

Zaman sekarang lagilah semuanya menghadap gadget.

Banyak benda yang orang baca tapi komik, majalah, novel, cerpen, puisi, emel, sms sampai gosip artis pun orang baca. 

Kalau ikutkan semua suka membaca, tetapi kenapa dalam banyak-banyak isu ini, Al-Quran je orang tak suka baca?

Ini sebab-sebabnya.

1. Tak Pandai Baca

Itu sebab paling asas. Kenapa tak baca Al-Quran? Jawapannya sebab kita tak ada kesungguhan nak pergi belajar. Tetapi dibiarkan sahaja.

2. Malas Membaca

Bila kita belajar bukan sahaja kita pandai membaca tapi juga kita akan terdedah kepada kecantikan dan keindahan Al-Quran oleh guru kita. 

Tetapi kalau kita malas nak belajar? Apa yang kita akan dapat?

3. Tiada Minat Untuk Mempelajari Al-Quran

Term ‘mempelajari’ itu luas sebenarnya. 

Bukan saja belajar tajwid Al-Quran, bahkan sehingga kepada tahap liuk lenggok bahasa Al-Quran yang boleh memukau para pendengarnya ( kalau faham ). 

Nak faham? Kenalah belajar. 

Bagaimana nak belajar kalau tidak ada minat?

4. Tidak Tahu Apa Faedahnya Membaca Al-Quran.

Ibaratnya kalau saya baca Al-Quran apa yang saya dapat? 

Sebenarnya memang ramai orang berfikiran begitu hari ini.

Ganjaran dan manfaat itu bersifat ghaib. Dan semuanya akan dapat di akhirat kelak. 

Kalaulah pahala itu kita boleh nampak, sudah pasti ramai yang akan berebut-rebut nak baca Al-Quran. 

5. Tidak Faham

Sebab kelima ini paling ramai yang rasa dalam diri iaitu tidak faham. 

Betul sangat even kita baca surat khabar bahasa cina atau india pun kalau kita tak faham memang akan mengurangkan keinginan untuk membaca. 

6. Dah Terbiasa Dengan Benda-benda Lagha. 

Kenapa saya kata begitu? Sebab kita banyak sangat isi masa kita buat benda lain langsung tak pandang Al-Quran walaupun hanya 5 minit. 

Betulkan apa saya cakap ni? Jadi apa yang kita kena lakukan?

Kita kenalah halang diri kita dengan 6 sebab kat atas ni. 

Bila tak pandai membaca, kenalah belajar membaca. Jom Ikuti pelbagai artikel-artikel menarik klik disini.

Sekarang ni, dah banyak sangat kelas-kelas mengaji walhal khas untuk orang dewasa pun dah ada kelasnya. 

Kalau tak faham, bertanyalah. Daripada kita sembang benda-benda lagha lebih baik kita belajar mengaji bersama-sama.

Pahala dapat masa pun bermanfaat. 

Nak daftar kelas mengaji yang menyeronokkan? klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian