Elakkan Membaca Al-Quran Tulisan Rumi. Inilah Sebabnya

Zaman sekarang nak beli Al-Quran tak susah macam dulu. Sekarang ni dekat pasar pun ada jual Al-Quran. Saiz pun ada macam-macam.

Malah kalau rasa nak beli Al-Quran mengikut juzuk pun dah ada dijual sekarang sama ada di kedai atau secara online.

Bukan itu saja zaman sekarang ini pun sudah banyak aplikasi Al-Quran digital. Hanya perlu download saja di telefon bimbit masing-masing.

Semua ayat-ayat Al-Quran menggunakan tulisan jawi dalam bahasa Arab.

Kita perlukan terjemahan untuk memahami makna-makna ketika baca Al-Quran.

Ia akan jadi panduan untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Tapi perasan tak sejak akhir-akhir ini sudah ada Al-Quran bertulisan rumi yang dijual.

Ia memudahkan mereka yang tidak pandai mengaji untuk membacanya dengan baik dengan bantuan tulisan rumi.

Bolehkah Al-Quran tulisan rumi itu digunakan untuk mengaji?

Perkara ini sebenarnya ada dibincangkan dalam mesyuarat panel penapisan buku-buku agama berunsur Islam yang telah diadakan pada 9 Mac 2011 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berdasarkan mesyuarat berkenaan, barisan panel memutuskan Al-Quran rumi diharuskan untuk kegunaan mereka yang tiada asas bahasa Arab dengan tujuan untuk belajar.

Namun begitu, panel turut mengesyorkan agar umat Islam sebaik-baiknya menggunakan Al-Quran Resam Uthmani yang menggunakan huruf berbahasa Arab.

Ia lebih tepat dan memenuhi ketepatan tatabahasa Arab itu sendiri.

Kalau kita tersilap sebut makhraj ayat maka boleh berlaku perubahan pada makna.

Mereka yang membaca Al-Quran Rasm Uthmani akan mendapat pahala yang berlipat ganda berbanding dengan Al-Quran rumi.

Barisan panel mencadangkan agar kita teruskan menggunakan Al-Quran berbahasa Arab tulen untuk tujuan membacanya.

Kepada mereka yang sudah lancar baca Al-Quran tiada keperluan pun untuk kita gunakan Al-Quran tulisan rumi tu.

Cuma kita perlu berguru untuk perbaiki mana-mana bacaan yang kurang dari segi sebutan huruf, tajwid dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN : Ketahui Sejarah Penulisan Rasm Uthmani

Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku. Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu.  Jasa baik ayah dalam membesarkan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian