Gunakan 3 Kaedah Ini Untuk Melupuskan Al-Quran Yang Tidak Digunakan

Ketika sedang kusyuk membaca Al-Quran, Saya diganggu oleh anak kecil berusia dua tahun yang sedang bermain berhampiran dengan saya.

Tanpa sengaja anak kecil saya telah mengoyakkan helaian muka surat yang saya baca.

Saya jadi buntu tak tahu nak buat apa dengan helaian yang koyak itu dan tulisan dalam helaian itu pun dah tak berapa jelas untuk dibaca.

Kalau buang rasa bersalah pula sebab itu kan kitab suci Al-Quran.

Bolehkah dibuang begitu sahaja?

Bagaimana cara melupuskan kalamullah lama yang sudah tidak digunakan lagi?

Menurut Mufti Kelantan iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad ada beberapa cara pelupusan yang mengikut syariat Islam.

Pada zaman dahulu, dakwat yang digunakan bersifat tidak kekal.

Jadi bila direndamkan dalam air tulisan ayatnya itu boleh tanggal.

Kaedah yang kedua ialah dengan cara pembakaran.

Tapi ada caranya yang tersendiri untuk membakar kitab Allah ini iaitu dengan membakar di tempat yang tertutup dan abunya tidak bertebangan.

Untuk kaedah yang ketiga pula sesetengah pihak akan menjadikan abu Al-Quran itu kiub-kiub kecil dan dibawa kelaut untuk ditenggelamkan.

Ada satu lagi cara tapi agak sukar untuk lakukan cara ini.

Caranya ialah menanam abu-abu di tempat yang tinggi dan laluan yang tidak dipijak oleh manusia.

Kaedah yang banyak diamalkan masyarakat pada hari ini adalah membakar helaian kalam Allah tersebut.

Sebelum dibakar, helaiannya dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu.

Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut.

Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut.

Maka tiadalah isu orang terlangkah dan sebagainya.

Kesimpulannya, peliharalah Kalamullah sebaiknya kerana ianya adalah kitab suci yang menjadi saksi di padang mahsyar untuk kita ke syurga Allah. InsyaAllah.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian