Apakah 5 Hukum Mad Yang WAJIB Diketahui?

Bacaan Hukum Mad atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai bacaan panjang pendek adalah kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran.

orang-baca-quran

Kesilapan itu adalah:

  1. Bacaan yang panjang dibaca dengan pendek.
  2. Bacaan yang pendek dibaca dengan bacaan panjang.

.

Mengapa terjadi begini?

Sebab kita sudah terbiasa dengan menghafal nama-nama hukum tajwid.

.

Sayangnya, kita sekadar hafal nama hukum, tapi tak faham! Buktinya? Kita tahu nama-nama hukum tapi apabila membaca tetap membaca dengan bacaan panjang dan pendek yang kurang tepat.

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang bacaan Mad (panjang), mari kita lihat dulu pengertiannya. Apa itu Mad?

.

Pengertian Mad

Pengertian Mad daripada segi bahasa ialah:

*Memanjangkan atau menambahkan

Mad pula daripada pengertian istilah ilmu tajwid:

*Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad pada kadar 2 hingga 6 harkat.

*Sumber: Buku Bijak Tajwid terbitan Inteam Publishing

*****

Apabila kita merujuk kepada buku-buku tajwid, kita akan jumpa ada pelbagai nama-nama hukum mad. Saya senaraikan nama-nama hukum mad.

.
Ada 19 nama-nama hukum Mad, iaitu;
  1. Mad Asli
  2. Mad Asli Harfi
  3. Mad Iwad
  4. Mad Badal
  5. Mad Silah Qosirah
  6. Mad Silah Tawilah
  7. Mad Lin
  8. Mad Wajib Muttasil
  9. Mad Jaiz Munfasil
  10. Mad Aridh Lissukun
  11. Mad Lazim Kalimi Musaqol
  12. Mad Lazim Kalimi Mukhafaf
  13. Mad Lazim Harfi Musaqol
  14. Mad Lazim Harfi Mukhafof
  15. Mad Tabri’ah
  16. Mad Tamkin
  17. Mad Ta’zim
  18. Mad Syahibul Badal
  19. Mad Faraq

.

Namun, dalam artikel kali ini saya tidak akan menerangkan kesemua 19 nama-nama hukum Mad.

Saya akan menerangkan 5 nama-nama hukum Mad yang  mudah untuk ditemui dalam Alquran.

.

Supaya, selepas sahaja kita habis baca artikel ini boleh terus buka Alquran dan praktikal mencari nama-nama hukum ini.

Jom kita bermula!

.

1.Mad Asli

Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i.

Ini adalah hukum mad yang paling senang ditemui dalam Alquran. Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif, Wau, dan Ya.

mad asli

Untuk Hukum Mad Asli, ada 3 keadaannya:

1.   ( ا  ) Alif mati sebelumnya berbaris atas
2.  ( يْ ) Ya mati sebelumnya berbaris bawah
3.  ( وْ )  Wau mati sebelumnya berbaris hadapan

.

Sebagai contoh

contoh mad asli

Lihat pada contoh diatas. Tulisan yang diwarnakan dengan merah itu lah yang dipanggil Mad Asli.

Kadar bacaan Mad Asli adalah 2 Harkat. Apa jadi jika baca lebih daripada 2 harkat? Jadi salah dan kurang tepat!

Kesilapan yang biasa dibuat adalah membaca dengan bacaan lebih daripada 2 harkat.

.

2. Mad Silah Qosirah

Hukum Mad Silah Qosirah ini berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ Simpul (ه). Panjang bacaan bagi hukum Mad ini adalah 2 Harkat sahaja.

.

3. Mad Silah Towilah

Hukum Mad Silah Towilah ini turut berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ simpul (ه). Hukum mad ini hampir menyamai Mad Silah Qosirah, cuma yang membezakan untuk mad ini adalah;

  1. Ha’ Simpul bertemu dengan hamzah
  2. Dibaca panjang 4 atau 5 Harkat

Kita akan menggunakan contoh yang sama bagi memahami hukum Mad Silah Qosirah dan Mad Silah Towilah seperti contoh dibawah;

contoh bacaan mad silah

Hukum Mad Silah Qosirah adalah yang diwarnakan dengan bulatan merah. Kita perhatikan Ha’ Simpul tidak berjumpa dengan hamzah bagi hukum ini.

Hukum Mad Silah Towilah adalah yang dikotakkan dengan kotak berwarna biru. Bagi hukum ini pula, kita dapat lihat Ha’ Simpul berjumpa dengan huruf Hamzah selepasnya.

.

4. Mad Iwadh

Hukum mad ini berlaku ketika kita ingin mewakafkan bacaan sahaja. Ini tidak berlaku ketika kita membaca dipertengahan ayat.

Ada 2 ciri utama bagi Hukum Mad Iwadh:

  1. Hanya berlaku ketika mewakafkan (matikan) bacaan
  2. Hanya berlaku kepada tanwin yang berbaris dengan baris atas

Baca berkaitan: Bagaimana ingin mewakafkan bacaan Alquran?

Mari lihat contoh;

Contoh Mad Iwadh

Contoh ini diambil daripada Surah Al’Adiat (Juzuk ke 30).

Mad Iwadh adalah contoh yang dibulatkan dengan warna merah. Seperti yang saya ceritakan tadi, ini berlaku pada penghujung ayat sahaja.

Cara membacanya adalah;

  1. Menukarkan bacaan tanwin kepada bunyi berbaris atas biasa sahaja.
  2. Kadar bacaannya adalah 2 harkat.

.

5. Mad Wajib Muttasil

Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya) bertemu dengan huruf hamzah dalam kalimah yang sama. Hukum ini dapat dikenali melalui tanda ( ~ )

Sewaktu saya belajar ilmu tajwid dengan guru-guru saya, tanda ini ( ~ ) dikenali dengan pelbagai nama seperti tanda pedang, tanda melintang, tanda misai, tanda cacing. Ini bagi membantu ingatan dan supaya mudah mengecam tanda ini di dalam Alquran. 🙂

Namun, dalam ilmu tajwid, tanda ini sebenarnya dipanggil sebagai Tanda Mad ( ~ )

Mari kita lihat contoh;

Contoh Mad Wajib Muttasil

Seperti yang saya terangkan, Mad Wajib Muttasil adalah Tanda Mad (~) bertemu dengan huruf-huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya).

Berapa pula kadar bacaan panjangnya?

Kadar bacaan panjangnya adalah dibaca 4 atau 5 harkat.

******

Ada cara lebih mudah?

“Ustaz, takde cara yang lebih mudah ke nak fahamkan bacaan panjang pendek ni? Saya memang susah nak ingat nama-nama mad yang banyak ni.. Yang penting saya boleh baca dengan betul dan tepat.. Saya nak faham ustaz, bukannya hafal.. “

Sejak saya terlibat secara serius mengajar Alquran khusus kepada Dewasa, soalan ini lah antara yang popular sampai kepada saya.

Sebab itulah saya susun program Kelas Bimbingan Individu.

Menerusi program ini, setiap pelajar dibimbing oleh guru secara personal one to one.

Jadi sekiranya ada sebarang persoalan mengenai tajwid, boleh terus bertanya kepada guru tanpa perlu malu. Kerana sesi kelas dibuat secara personal one to one sahaja.

P/s: Serius nak ada guru yang tolong semak sebutan dan bacaan Al-Quran anda? Sambung baca Kelas Bimbingan Individu (klik pada link disebelah)

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian