Hukum Menulis Ayat Al-Quran Menggunakan Tulisan Rumi

Salah ke kalau menulis بسم الله الرحمن الرحيم dalam tulisan rumi? Bukan ke kita masih membacanya dengan betul walaupun dalam tulisan rumi?

Situasi ini boleh ditafsirkan kepada beberapa keadaan.

Kalau tuan puan nak tahu, menulis بسم الله الرحمن الرحيم secara transliterasi iaitu “Bismillahirahmanirrahim” adalah tidak dibenarkan.

Ianya juga tidak dikira sebagai ayat Al-Quran.

Kenapa pula tak boleh tulis menggunakan dengan tulisan rumi?

Sebab sebahagian huruf bahasa Arab tiada di dalam huruf rumi.

Ini juga boleh menyebabkan berlakunya kesalahan dalam bacaan kalau kita tulis guna rumi.

Tapi kalau kita tulis sekali dengan ayat Al-Quran tersebut maka ianya dibenarkan dalam sesetengah pendapat yang mana bertujuan untuk pembelajaran. 

Ianya bagi memudahkan mereka yang bukan Arab untuk membaca Al-Quran.

Tapi kita perlulah memperbaiki bacaan kita dari semasa ke semasa.

Seterusnya, kalau kita menulis بسم الله الرحمن الرحيم itu dengan terjemahannya sekali “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” maka dibolehkan.

Kerana itu merupakan terjemahan ayat tersebut tapi perlulah bertepatan maknanya.

Kesimpulannya, ada sebab kenapa tidak boleh untuk menulis ayat Al-Quran dengan tulisan rumi.

Ianya kerana nak mengelakkan sebarang penyelewengan dari sudut perubahan makna dan juga lafaz. Wallahualam.

BACA JUGA: Al-Quran Dirumikan Menggunakan Abjad Roman/Latin ‘Haram’ Digunakan

Rasa susah hati masih tak kenal huruf? Takut orang mengejek sebab masih tak pandai membaca Al-Quran? Jangan risau klik disini dan kami sedia membantu.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian