Pasti ramai tertanya-tanya sah ke solat seseorang kalau sambil melihat bacaan Al-Quran dekat telefon bimbit.
Ramai yang ingin memperbaiki cara membaca Al-Quran dan cara solat.
Oleh itu, pelbagai cara telah dicuba seperti menghafal surah-surah tertentu.
Namun ada juga dalam kalangan kita yang mengambil masa lama untuk menghafal surah-surah sampai terpaksa tengok telefon bimbit ketika solat.
Masalahnya boleh ke buat begitu?

Jawapannya adalah dibenarkan.
Boleh semak dalam kitab At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an oleh Imam An-Nawawi رحمه الله تعلى رحمة واسعة.
Kalau kita solat Fardu lebih baik baca sekadar apa yang kita sudah hafal.
Tapi kalau kita tak hafal Surah Al-Fatihah maka dibolehkan untuk membuka telefon bimbit atau mushaf kecil.
Bagaimana Kalau Tiada Pemegang Telefon?

Boleh dan tak jadi masalah.
Hanya jaga pergerakan jangan sampai bergerak 3 kali pergerakan besar berturut-turut.
Itu yang membatalkan solat.
Gerakkan jari untuk scroll skrin telefon tidak membatalkan solat.
Boleh rujuk : CARA SOLAT SAMBIL TENGOK HANDPHONE
Ini hanya khusus jika anda solat sendirian atau menjadi imam. Jika jadi makmum tak perlulah buka handphone.