Ilmu Tajwid : Belajar Dengan Cepat Dan Mudah Di Celik Al-Quran

Rupa-rupanya, tajwid tu ada persamaannya dengan Bahasa Melayu.

Jika dalam Bahasa Melayu, kita panggil sebagai Tatabahasa.

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ni tentang apa itu tajwid,

untuk belajar membaca bertajwid ni tidak sukar pun sebenarnya.

Saya ada rakamkan satu video pendek menerangkan tentang ilmu ini.

Apa itu Tajwid?

Ia membawa makna memperelokkan, iaitu memberikan setiap huruf itu haknya.

Tidak kiralah sama ada dari segi tempat keluar huruf, sifat huruf mahupun panjang dan pendek bacaan.

Mengapa Belajar Tajwid?

Ada beberapa sebab:

  1. Dapat menjaga lidah daripada melakukan kesilapan semasa membaca Al-Quran.
  2. Tidak melakukan kesilapan sewaktu menyebut bacaan-bacaan Al-Quran yang berkaitan dengan bacaan panjang dan pendek setiap huruf dalam Al-Quran.
  3. Mengelakkan kesilapan sewaktu menyebut bacaan-bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.
  4. Mengelakkan daripada mengubah makna bacaan apabila sesuatu huruf dibunyikan dengan bunyi yang kurang tepat.

Hukum Belajar

Hukum belajar tajwid adalah Fardu Kifayah.
Fardu Kifayah – Apabila ada sebahagian daripada penduduk di sesuatu tempat yang belajar, maka semua penduduk di tempat itu terlepas daripada dosa.

Hukum membaca Al-Quran bertajwid pula adalah Fardu Ain.

Fardu Ain – Wajib atas setiap muslim.

Maknanya, jika masih belum boleh membaca Al-Quran bertajwid – wajib belajar!

Insyaallah jika kita berusaha untuk belajar, pasti sentiasa dipermudahkannya.

Jom sertai kelas belajar mengaji khas untuk orang dewasa yang :

  1. Buta huruf
  2. Membaca Al-Quran merangkak-rangkak
  3. Yang ingin membaiki bacaan mengaji

Boleh klik disini untuk menempah kelas mengaji Celik Al-Quran

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian