Anda suka lihat perkembangan pelajar dari buta huruf hingga lancar & mahir mengaji.
Ada bacaan Al-Quran yang baik dan tidak terbatas kepada surah lazim sahaja.
Boleh menahan sabar dan suka dengan proses pembelajaran yang efektif.
BONUS jika anda seorang pelajar yang masih menambah baik kualiti bacaan dan ilmu Al-Quran.
Majoriti pelajar dewasa hanya lapang pada waktu malam & hujung minggu.
Ada beza di antara mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak dan mengajar orang dewasa.
7 dari 10 pelajar Celik Al-Quran belajar secara online menggunakan platform Google Meet atau Zoom.
Tahu asas, logik, hukum, cara bacaan Al-Quran dan mampu terangkan dengan mudah dan tepat.
Salam perkenalan dari kami – Team Celik Al-Quran.
Kami adalah pusat pengajian Al-Quran yang membantu golongan dewasa belajar mengaji dari mula mengenal huruf sehingga mahir mengaji Al-Quran.
Sejak 2015, kami telah membimbing lebih 9000 pelajar dewasa belajar mengaji dari mula mengenal huruf melalui seminar, bengkel dan penghasilan modul video pembelajaran.
Melalui pengalaman lebih 6 tahun dalam bidang pendidikan Al-Quran, kami dapati sangat ramai pelajar-pelajar dewasa perlu dibantu dan dibimbing secara berterusan.
Hari ini kami sedang membimbing secara berterusan lebih 600 orang pelajar Al-Quran dewasa. Pelajar-pelajar ini dibimbing oleh lebih 40 orang guru yang mengajar menerusi konsep Kelas Bimbingan Individu.
Kelas Bimbingan Individu adalah sistem pembelajaran secara ‘one to one’ antara seorang pelajar bersama seorang guru.
Kami berhasrat untuk membantu 2000 pelajar Al-Quran lagi belajar secara bimbingan individu menjelang tahun 2023.
Oleh itu, kami sedang mencari tambahan guru mengaji Al-Quran untuk membimbing pelajar-pelajar kami belajar mengaji dari asas mengenal huruf.
Kami sediakan pelajar, anda mengajar menggunakan modul kami.
Buat masa ini semua pembelajaran adalah secara Online dan anda boleh mengajar dari rumah anda sahaja.
Maka, dengan berbesar hati kami menjemput anda yang berkelayakan untuk turut serta bersama-sama kami.
1. Mengendalikan sesi mengaji Al-Quran bagi golongan dewasa dari asas.
2. Mengemaskini rekod pengajaran pelajar dari semasa ke semasa.
1. Slip gaji bulanan (part-time & full-time).
2. Kelengkapan mengajar 100% disediakan.
3. Caruman KWSP, SOCSO untuk guru (full-time).
4. Latihan & modul pembelajaran 100% disediakan.
5. Kemasukan segera selepas berjaya sesi temuduga.
Di Celik Al-Quran, kami membuka tawaran pekerjaan bagi jawatan Part Time dan Full Time.
Bagi jawatan mengajar secara Part Time, komitmen yang diperlukan minima mengajar 30jam sebulan.
Bagi jawatan mengajar secara Full Time, komitmen minima mengajar 80jam sebulan.
Ya, ada latihan yang perlu diikuti oleh guru-guru selepas diterima masuk mengajar di Celik Al-Quran.
Guru-guru akan menggunakan modul khas sewaktu mengajar di Celik Al-Quran.
Maka latihan dari semasa ke semasa akan diberikan dan guru-guru wajib menyertainya.
Tidak.
Kemasukan pelajar dan pengurusan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh Celik Al-Quran.
Guru-guru fokus kepada membimbing para pelajar belajar mengaji dari mula kenal huruf sehingga mahir mengaji.
Kebiasaannya waktu belajar yang tinggi permintaan dikalangan pelajar dewasa adalah pada waktu malam jam 8 sehingga 10 malam.
Maka, ini adalah waktu yang sangat dicadangkan untuk guru-guru mengosongkan jadual untuk mengajar di Celik Al-Quran.
Kekosongan jadual belajar yang sering diminta oleh pelajar adalah pada waktu malam.
Oleh itu sangat digalakkan, guru-guru yang ada kekosongan mengajar pada waktu malam dan hujung minggu untuk memohon.
Sekiranya anda memang minat mengajar, namun tiada pengalaman membimbing pelajar dewasa usah risau kerana latihan mengajar akan diberikan.
Daripada rekod guru-guru yang mengajar bersama dengan kami, sudah ada slip bayaran guru yang mengajar di Celik Al-Quran laku untuk diterima bagi permohonan pembiayaan kereta dan rumah.
Selain itu, Celik Al-Quran adalah pusat mengaji yang sedang berkembang pesat. Oleh itu, kami mengajak lebih ramai guru-guru berkelayakan untuk berkembang dan bersama-sama dengan kami.
Kami berdoa semoga anda dapat bersama-sama kami dalam membimbing golongan dewasa belajar mengaji di Celik Al-Quran.
Sesungguhnya sangat ramai lagi di luar sana sahabat dan saudara mara kita yang masih belum mahir mengaji Al-Quran.
Kami menyeru sekiranya anda berkelayakan marilah turut bersama-sama kami membantu lebih ramai lagi golongan dewasa belajar mengaji Al-Quran.
Anda boleh mengisi borang di bawah bagi mengisi kekosongan jawatan part time atau full time guru mengaji di Celik Al-Quran.
PRODUK
Poster Huruf
Buku Kisah Inspirasi
EBOOK
Kenal Huruf Dalam 6 Jam
Teknik Bunyi Huruf Al-Quran
Buta Huruf ke Khatam Al-Quran
HUBUNGI
018 – 900 7674
Isnin – Jumaat
9.00AM – 6.00PM
(Kecuali Cuti Umum)
ALAMAT
Celik Al-Quran
20-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor