Jadikan Al-Quran Sebagai Sahabatmu

Masih ramai yang memandang enteng amalan membaca Al-Quran.

Mengapa begitu?

Hal ini kerana mereka tidak melihat ia sebagai satu keperluan dalam hidup.

Hakikat sebenarnya kalamullah itu sendiri mengundang hidayah Allah SWT kepada seseorang.

Siapakah Orang Yang Tidak Akan Rugi?

  1. Orang yang membaca Al-Quran.
  2. Mereka yang beramal dengan hukum-hakamnya.
  3. Orang yang tadabbur Al-Quran.

Kita sebagai umat Islam dianugerahkan dengan kitab mulia ini.

Tidak seharusnya melihat kalamullah hanya “bonus” semata-mata.

Kita harus mewajibkan diri kita untuk membaca kalamullah satu muka surat setiap hari.

Bila kita dah mati nanti kalau kita sentiasa mengaji maka Al-Quranlah yang akan menjadi peneman sentiasa kita.

Kubur kita juga akan diluaskan.

Takkanlah kita taknak bahagia di alam kubur nantikan?

Jadi sementara diberi peluang ni mengajilah.

Tak banyak pun tak apa. Yang penting hari-hari bibir kita basah dengan ayat suci Allah.

BACA JUGA : Kelas Mengaji : Khas Untuk Orang Dewasa Yang Bermula Daripada Asas

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian