Jangan ‘Give Up’! Ini 5 Puncanya Anda Jangan Mengalah Terlalu Cepat

Semua orang ada impian dalam kehidupan ini. Tapi ada juga yang sering give up terlalu cepat dan tak mahu berusaha kembali.

Apapun impian anda, semua itu tidak akan tercapai melainkan dengan usaha.

Impian itu wujud bermula dari angan-angan kosong yang kemudiannya bertukar menjadi cita-cita.

Itulah impian yang kadang-kadang membuatkan kita bahagia dan kadang-kadang membuatkan kita kecewa dengan usaha dan kerja yang dilakukan.

Tapi itu bukan alasan untuk kita terus berhenti mengejar impian kerana setiap orang diberi peluang untuk menggapai impian mereka.

Disini akan dikongsikan 5 sebab kenapa tak boleh ‘give up’ terlalu awal.

Kita Harapan Keluarga

Mesti ada di antara kita yang pastinya menjadi tulang belakang keluarga.

Ada dikalangan kita yang mungkin sudah kehilangan bapa atau mungkin juga merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Bayangkan kalau kita give up terlalu awal sedangkan kejayaan sedang menanti?

Pasti keluarga kita akan sedih.

Janganlah sampai begitukan.

Peluang Masih Lagi Ada

Siapa cakap kalau gagal sudah tiada peluang untuk berjaya lagi?

Semua itu palsu belaka.

Daripada gagallah kita akan menemui kejayaan yang sebenar.

Tidak semestinya yang selalu exam dapat no 1 akan sentiasa berada di atas dan tak semestinya yang exam dapat no terakhir akan sentiasa berada di hujung sekali.

Sama juga dengan mengaji, kalau kita tak pandai nak mengaji tak semestinya kita tak pandai sampai bila-bila.

Apa yang kita perlu buat adalah BERUSAHA.

Cari kelas mengaji, boleh juga layari Google, Youtube dan sebagainya.

Semua Orang Boleh Berjaya

Semua orang boleh berjaya kalau semua orang berusaha bersungguh-sungguh.

Allah menciptakan hambaNya semua sama.

Allah juga menciptakan sifat rajin dan malas.

Kalau kita memilih untuk bersifat malas maka kita akan menemui kegagalan.

Dan sekiranya kita memilih untuk rajin maka kejayaanlah buat kita.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang melainkan kita yang mengubahnya.

Orang Lain Lagi Teruk Diuji

Kita selalu rasa cepat nak give up sebab kita selalu rasa ujian yang Allah bagi tu berat.

Tapi kita tak fikir yang sebenarnya ada lagi yang diuji lebih teruk daripada kita.

Disini saya nak bagi satu tip bagaimana kita nak bersyukur.

Bila kita tengok orang yang lebih bertuah daripada kita, cuba kita tengok pula orang yang kurang bernasib baik daripada kita.

Pasti kita akan bersyukur dengan nikmat yang Allah dah berikan.

Kadang-kadang kita rasa kita hanya makan roti orang lain makan chicken chop.

Tapi tahukah kita sebenarnya ada lagi mereka yang tidak dapat sumber makanan walaupun sebuku roti sekalipun.

Betulkan?

Hidup Ini Hanya Sementara Sahaja

Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan.

Betapa ramai manusia menjadi ingkar.

Ramai juga manusia tidak pandai bersyukur.

Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia.

Dunia yang dikejar akan berakhir.

Jadi janganlah kita nak give up terlalu awal kalau tak sia-sia saja segala peluang, nafas dan kesihatan yang Allah dah berikan kepada kita.

Kesimpulannya, kita wajib buang sifat buruk dalam diri kita sebab ianya akan menjejaskan kehidupan kita.

Ingatlah sekiranya Allah SWT akan memberikan hikmah yang masih tersembunyi buat masa ni.

Allah juga akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian