Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Online Percuma (Free, tak perlu bayar)

Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Online Percuma (Free, tak perlu bayar)

Kami sangat memahami sekiranya anda mencari kelas belajar mengaji Al-Quran online percuma!

Oleh itu kami mencadangkan anda belajar melalui beberapa platform yang bakal kami kongsikan dibawah.

.

Walaupun begitu, kelas mengaji Al-Quran online secara percuma ini bertindak secara satu hala sahaja.

Maksud bertindak secara satu hala adalah, proses anda belajar hanyalah dengan mendengar dari guru sahaja.

.

Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Percuma #1 Youtube Celik Al-Quran TV

Kami menyenaraikan Playlist 25 video pembelajaran Al-Quran di Youtube Celik Al-Quran TV. Di dalam senarai video ini, kami senaraikan video pembelajaran untuk belajar mengaji dari mula mengenal huruf.

Dalam senarai playlist ini antara video yang menarik adalah mengenal penerangan Makhraj Huruf, Konsep Asas Suku Kata Al-Quran, dan juga Semakan Bacaan Surah Fatihah.

Sekiranya anda betul-betul follow belajar kelas mengaji percuma di Youtube Channel ini, kami percaya ia turut dapat membantu untuk improve tahap bacaan Al-Quran anda.

.

Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Percuma #2 Facebook Celik Al-Quran Official

Buat pengetahuan tuan puan, sejak PKP kami di Celik Al-Quran turut mengadakan kelas mengaji online secara percuma.

Kelas ini dapat diikuti di Fanpage Celik Al-Quran Official.

Kelas mengaji online secara percuma di Facebook Celik Al-Quran boleh diikuti menerusi hashtag #kelasmengajipkp

Kami terbitkan video-video percuma untuk anda belajar.

Menerusi video-video ini, kami fokus kepada membantu para pelajar mula belajar dari asas mengenal huruf.

.

Walaupun begitu, kami faham ada dikalangan para pelajar dan tuan puan sekalian yang mahukan sistem pembelajaran secara lebih berfokus.

.

Maksud pembelajaran berfokus disini adalah belajar bersama guru, dan juga ada sistem modul yang teratur.

Disebabkan itulah kami turut mengadakan sesi kelas belajar mengaji menerusi program Kelas Bimbingan Individu.

Menerusi program Kelas Bimbingan individu, setiap pelajar dibimbing secara personal dan individu One to One oleh guru.

Seorang pelajar dibimbing oleh seorang guru.

.

Maka, setiap pelajar boleh bertanya apa sahaja kepada guru berkaitan pembelajaran Al-Quran sehingga pelajar benar-benar faham.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kelas Bimbingan Individu, boleh baca lanjut disini (klik pada link).

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian