Kelas Mengaji Online Untuk Orang Dewasa Di Shah Alam

Anda ada masalah untuk mengaji? Masih merangkak-rangkak ketika mengaji? Anda juga buta huruf ? Jangan risau kami ada penyelesaiannya.

AssaIamualaikum. Saya Syukur Sapuan dari Celik Alquran. Saya akan memperkenalkan kepada anda semua apa itu Celik Alquran.

Celik Alquran adalah sebuah kelas yang sudah pun membantu mereka yang tidak kenal huruf dan tidak mampu membaca Quran sejak 2015.

Alhamdulillah, sudah lebih 7432 orang kami bantu melalui pelbagai program anjuran Celik Alquran termasuk Seminar, Kit Belajar Mengaji dan juga menerusi Kelas Bimbingan Individu.

Adakah Anda Menghadapi Masalah-Masalah Ini Ketika Mengaji?

  • Tak Kenal Huruf, Keliru Atau Kenal Sikit-Sikit
  • Baca Merangkak-Rangkak Dan Belum Lancar?
  • Mahu Belajar Tak Tahu Nak Mula Dari Mana?
  • Teringin Belajar Tapi Tak Jumpa Masa Yang Sesuai?

Usah risau dan bimbang. Anda tidak keseorangan!

Sangat ramai orang dewasa diluar sana yang asalnya tak kenal huruf kini sudah boleh membaca Alquran dengan lancar. 

  • Sudah mampu baca doa dan tahlil untuk arwah ibu ayah.
  • Ada yang sudah boleh didik anak-anak sendiri baca Quran.
  • Boleh jadi imam untuk keluarga.

Memperkenalkan…Kelas Bimbingan Individu (KBI)

Ia adalah sesi belajar Al-Quran secara individu bagi membantu golongan dewasa belajar mengaji bermula dari asas sehingga mahir mengaji Alquran dengan lancar.

Pelajar dibimbing secara One To One bersama guru yang terlatih menggunakan modul Celik Alquran.

Kenapa KBI Disukai Ramai?

Suasana Belajar Selesa

  • Sesi dilakukan secara berdepan.
  • Kalau tak faham terus bertanya.
  • Tak perlu rasa malu sebab kami tak akan judge anda.
  • Boleh belajar dari mula kenal huruf.
  • Minta tunjuk ajar daripada pelajar lain pun okay.
  • Kami akan membimbing anda sehingga mahir!

Senang Faham

  • Sistem pembelajaran KBI di Celik Alquran tidak sama dengan kelas-kelas konvensional Alquran yang lain.
  • Penggunaan shortcut dan praktikal untuk membantu pelajar mengenal huruf dan mengingati tajwid.
  • Seawal 1 hari anda mampu mengenal huruf.
  • Pembelajaran yang sangat mudah, praktikal dan menyeronokkan.

Rekod Pembelajaran Sistematik

  • Prestasi dan rekod pembelajaran anda disimpan dengan sistematik.
  • Setiap pelajar yang mendaftar masuk akan ada fail rekod pembelajaran.
  • Dalam fail ini dinyatakan masalah yang dihadapi dalam mengaji sebelum ini dan cadangan penyelesaian.
  • Melalui rekod yang yang lengkap dan sistematik ia membolehkan mana-mana guru yang membimbing lebih mudah untuk mengetahui tahap masalah mengaji semasa yang sedang dihadapi.
  • Rekod perkembangan pelajar ini juga disimpan dan direkod dengan sistematik supaya mudah untuk diambil dan dirujuk apabila diperlukan.

Masa Pembelajaran Fleksibel

  • Masa pembelajaran adalah mengikut kesepakatan dan keselesaan pelajar dan guru.
  • Boleh pilih masa dan hari pembelajaran mengikut keselesaan sendiri.
  • Sama ada belajar dihujung minggu atau hari biasa, kami sedia membimbing anda sampai anda mahir mengaji.
  • Anda juga boleh memilih waktu pembelajaran samaada di waktu pagi, petang atau malam bergantung kepada kekosongan jadual guru.
  • Kepuasan bagi kami adalah boleh membantu anda mahir mengaji Alquran dengan baik!

Bagaimana Kelas Mengaji Ini Dijalankan?

Setiap pelajar mempunyai 6 slot pembelajaran (kredit hour) dalam masa 1 bulan.

Setiap slot adalah selama 30 minit.

Anda boleh pilih 6 slot ini mengikut kesesuaian dan keselesaan masa anda sendiri.

InsyaAllah dengan izin Allah Kelas Bimbingan Individu ini mampu membantu anda mengaji Alquran dengan baik. Klik disini.

Online Pun Boleh !

Kelas Bimbingan Individu turut diadakan secara Online.

Asalkan anda ada talian Internet, tetap boleh belajar dari mana-mana sahaja.

Ada pelajar kami yang turut serta belajar di Kelas Bimbingan Individu datangnya dari Sabah, Sarawak dan juga dari luar negara.

Kami turut ada pelajar dari Brunei dan Abu Dhabi!

Asalkan anda sedia untuk belajar, kami sangat bersedia untuk membimbing.

Mudah Faham Ke Belajar Mengaji Online ni?

Sangat mudah. Sebab anda masih boleh belajar walaupun dari rumah.

Kami akan tunjukkan cara step by step untuk belajar secara Online dari rumah.

Boleh baca maklumbalas daripada pelajar-pelajar kami di bawah.

Kami sangat menjaga kualiti pembelajaran.

Pastinya walaupun pembelajaran secara Online kami semestinya memberikan yang terbaik!

Berapa Harga Kelas Mengaji?

Anda sedang melabur kepada diri sendiri untuk mahir mengaji.

Sehingga hari ini sudah banyak masa dan tenaga yang kami korbankan untuk mendapatkan cara mudah memberi kefahaman dalam belajar mengaji Alquran.

Bukan itu saja.

Sudah ribuan pelajar Celik Alquran bantu dari mula mengenal huruf.

Kami sudah uji berkali-kali sistem kelas dan modul ini dalam sesi program-program anjuran Celik Alquran.

Saya berani janji, kelas ini akan banyak membantu anda pandai mengaji insyaAllah.

Tuan puan akan berpuashati dan belajar banyak perkara dalam kelas ini

Harga kelas ini hanya…

RM200 Sahaja !

Anda hanya perlu melabur RM200 sebulan untuk dapatkan 6 slot pembelajaran individu di Celik Alquran.

RM200 ini adalah pelaburan yang amat tak ternilai untuk membantu anda boleh mengaji Alquran.

Kami sangat-sangat serius ingin membantu mereka yang ada masalah dalam mengaji Alquran.

Pengalaman kami membantu golongn dewasa belajar mengaji sejak 2015 buatkan kami sangat faham situasi anda.

Sebab itu kami menyusun program Kelas Bimbingan Individu ini.

Izinkan kami membantu anda mahir mengaji.

Klik butang TEMPAH di bawah sekarang untuk menempah slot pembelajaran. Klik disini

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian