Kelas Mengaji Persendirian – Celik Al-Quran Bangi

Adakah anda sedang mencari kelas mengaji Al-Quran persendirian? Malu takut kena ejek kalau buta huruf ? Rasa tak selesa belajar ramai-ramai?

AssaIamualaikum. 

Sejak 2015 lagi Celik Alquran membantu mereka yang tidak kenal huruf dan tidak mampu membaca Quran. Paling best Celik Al-Quran juga menyediakan kelas mengaji persendirian.

Alhamdulillah, sudah lebih 7432 orang kami bantu melalui pelbagai program anjuran Celik Alquran termasuk Seminar, Kit Belajar Mengaji dan juga menerusi Kelas Bimbingan Individu.

Adakah Anda Menghadapi Masalah-Masalah Berikut?

  • Tak Kenal Huruf, Keliru Atau Kenal Sikit-Sikit?
  • Baca Merangkak-Rangkak Mengaji Belum Lancar?
  • Nak Belajar Mengaji Tak Tahu Nak Mula Dari Mana?
  • Nak Belajar Tapi Tak Jumpa Masa Yang Sesuai?

Tapi yang paling penting adakah anda malu nak mengaji ramai-ramai ?

Usah risau dan bimbang.

Anda tidak keseorangan!

Sangat ramai orang dewasa diluar sana yang asalnya tak kenal huruf kini sudah boleh membaca Alquran dengan lancar. 

Ada yang sudah mampu baca doa dan tahlil untuk arwah ibu ayah.

Ada yang sudah boleh didik anak-anak sendiri baca Al-Quran.

Dan ada yang boleh jadi imam untuk keluarga.

Memperkenalkan…Kelas Mengaji Persendirian

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_20200711_090323-1024x768.jpg

Ia adalah sesi belajar Al-Quran secara individu bagi membantu golongan dewasa belajar mengaji bermula dari asas sehingga mahir mengaji Alquran dengan lancar.

Pelajar dibimbing secara One To One bersama guru yang terlatih menggunakan modul Celik Al-Quran.

Kenapa Kelas Mengaji Persendirian Disukai Ramai?

Suasana Belajar Selesa

  • Sesi dilakukan secara one to one.
  • Anda boleh terus tanya soalan secara personal kepada guru jika tidak faham.
  • Tak perlu rasa malu sebab kami tak akan judge anda.
  • Jika anda nak belajar dari mula kenal huruf pun tiada masalah.
  • Jika huruf sudah kenal dan mahu mula dari pelajar tajwid ataupun Quran pun tiada masalah.
  • Bagi kami paling penting adalah untuk membimbing anda mahir mengaji!

Senang Faham

  • Sistem pembelajaran Kelas Mengaji Persendirian di Celik Alquran tidak sama dengan kelas-kelas konvensional Alquran yang lain.
  • Kami menggunakan cara shortcut dan praktikal untuk membantu pelajar mengenal huruf dan mengingati tajwid.
  • Di Celik Alquran jika anda baru bermula dari mengenal huruf kami ada sistem dan cara supaya boleh membantu anda boleh mengenal dan mengingat huruf seawal 1 hari.
  • Kami sudah permudahkan sesi pembelajaran supaya ianya menjadi sangat mudah, praktikal dan menyeronokkan.

Rekod Pembelajaran Sistematik

  • Di Kelas Mengaji Persendirian prestasi dan rekod pembelajaran anda disimpan dengan sistematik.
  • Setiap pelajar yang mendaftar masuk akan ada fail rekod pembelajaran.
  • Dalam fail ini dinyatakan masalah yang dihadapi dalam mengaji sebelum ini dan cadangan penyelesaian.
  • Melalui rekod yang yang lengkap dan sistematik ia membolehkan mana-mana guru yang membimbing lebih mudah untuk mengetahui tahap masalah mengaji semasa yang sedang dihadapi.
  • Rekod perkembangan pelajar ini juga disimpan dan direkod dengan sistematik supaya mudah untuk diambil dan dirujuk apabila diperlukan.

Masa Pembelajaran Fleksibel

  • Masa pembelajaran adalah mengikut kesepakatan dan keselesaan pelajar dan guru.
  • Anda boleh pilih masa dan hari pembelajaran mengikut keselesaan sendiri.
  • Sama ada belajar dihujung minggu atau hari biasa, kami sedia membimbing anda sampai anda mahir mengaji.
  • Anda juga boleh memilih waktu pembelajaran samaada di waktu pagi, petang atau malam bergantung kepada kekosongan jadual guru.
  • Kepuasan bagi kami adalah boleh membantu anda mahir mengaji Alquran dengan baik!

Bagaimana Kelas Mengaji Persendirian Ini Dijalankan?

Setiap pelajar mempunyai 6 slot pembelajaran (juga dipanggil sebagai kredit hour) dalam masa 1 bulan.

Setiap slot adalah selama 30 minit.

Anda boleh pilih 6 slot ini mengikut kesesuaian dan keselesaan masa anda sendiri.

Berkat kesungguhan dan usaha gigih para pelajar dan guru, insyaAllah dengan izin Allah Kelas Bimbingan Individu ini mampu membantu anda mengaji Alquran dengan baik.

Adakah anda berminat untuk belajar mengaji secara persendirian ? sila klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian