Kelebihan & Fadhilat Surah As-Sajadah Yang Umat Islam Wajib Faham

Kelebihan Dan Fadhilat Mukmin Yang Mengamalkan Bacaan Surah As-Sajdah Dalam Kehidupan Seharian

sajadah

Surat As-Sajdah merupakan salah satu surah dalam Ayat Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah dan diturunkan sesudah surah Al-Mu’minuun. Surah ini dinamakan Surah As-Sajdah berikutan terdapat ayat sajdah iaitu ayat sajadah pada ayat yang kelima belas.

Surah ini merupakan surah yang unik di mana apabila dibaca sewaktu solat, mereka disunatkan sujud sajdah pada ayat yang kelima belas.

Surah ini juga turut mempunyai pelbagai kelebihan khusus buat mereka yang mengamalkannya. Berikut merupakan kelebihan Surah As-Sajdah yang mungkin orang ramai tidak tahu.

1. Membela mereka yang mengamalkannya dalam mengharungi seksa kubur.

Surah ini akan membela pada orang yang membacanya didalam kubur, ia akan berkata: Ya Allah jika aku benar-benar dari kitab-Mu maka berilah padaku kesempatan memberi syafa’at padanya, jika tidak maka hapuslah aku dari kitab-Mu. Dan ia berupa burung yang menghamparkan sayapnya, membela dan melindungi dari siksa kubur.

2. Dijauhi daripada syaitan

Dari Abu Hurairah ra. Pula berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda, “Bila seorang anak Adam membaca surah “As Sajadah” kemudian ia bersujud, maka pergilah syaitan menepi seraya menangis dan berkata, “betapa celakanya aku! Anak Adam diperintah untuk bersujud, ia pun bersujud, maka ia mendapatkan syurga, sedangkan aku diperintah untuk bersujud, aku pun enggan, maka aku mendapatkan neraka.” (HR. Abu Dawud, Nasa’i’I, Ibnu Majah, Ahmad, Muslim) Shahih.

3. Wajah mereka yang mengamalnya akan bercahaya sewaktu meninggal dunia

Aljuwini dalam tafsirnya meriwayatkan dari Aban bin Abi Ayyasy berkata, “Ketika kami hadir matinya Muwarriq Al’ajali, dan ketika telah ditutup kain, kami berkata “Dia telah mati, tiba-tiba kami melihat nur (cahaya) memancar dari arah kepalanya sehingga menembus atap rumah, kemudian kami melihat nur (cahaya)  yang memancar dari kakinya seperti itu, kemudian kami melihat cahaya nur yang lebih terang memancar dari perutnya, kemudian ia membuka tutup kainnya itu dan bertanya kepada kami, “Apakah kalian melihat sesuatu?”

Jawab kami “Ya,” lalu kami ceritakan padanya semua yang kami lihat itu. Lalu ia berkata, “Itu surat As Sajadah yang  saya baca tiap malam, sedang yang diatas kepala itu empat belas ayat dari permulaannya, dan yang di kaki itu empat belas ayat dari akhirnya, sedang yang ditengah itu ayat As Sajadah sendiri ia naik untuk memberikan syafa’atnya bagiku, sedang surat Tabarak masih tetap menjagaku. Kemudian ia mati kembali. (Dari kitab : Irsyadul ‘ibad ilasabilirrasyad).

4. Merupakan sunnah Rasulullah untuk membacanya pada Subuh Hari Jumaat

Ibnu Abbas ra. Berkata, “Bahwa Rasulullah S.A.W biasa membaca dalam solat Subuh pada hari Jumat pada rakaat pertama sesudah surah Al-Fatihah adalah surat Alif laam mim Assajadah dan pada rakaat kedua sesudah Fatihah adalah surat Hal Ataa alal insaan. (R. Muslim).

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Kurniaan pahala dan fadhilat yang ditawarkan pada surah ini secara tidak langsung dapat memberi petunjuk kepada umat Islam untuk menjadikan bacaan surah As-Sajdah ini sebagai amalan. Mereka yang mengamalkannya bukan sahaja diampunkan dosa, malah keadaan mereka sewaktu wafat juga dipermudahkan.

Apa yang lebih utama buat umat Islam adalah surah ini turut melindung daripada seksa kubur yang amat menyeramkan sekaligus memperoleh pahala yang besar seolah mereka yang tetap solat pada waktu malam lailatul qadar.

Kelebihan besar yang diberikan jelas menunjukkan kasih Allah kepada hamba-hambanya dalam memudahkan memperoleh pahala yang besar. Didoakan semoga perkongsian yang dibuat dapat memberi motivasi dan semangat buat umat Islam yang beramal dengan Al-Quran dan surah ini bersungguh sungguh dalam memperoleh Syurga Allah atas izin daripadanya.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Makhraj Huruf

Video: 5 Bahagian Makhraj Huruf

Bagi setiap huruf dalam Alquran, ada cara mahu menyebutnya. Jika sebutan kita betul, tepat lah bunyinya. Jika sebutan salah? Perkara sebaliknya berlaku. Setiap huruf dalam Alquran

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian