Kelebihan dan Keburukan Penggunaan Aplikasi Al-Quran

Firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).”

~ Surah Fathir ayat 29-30

 

Kebaikan Aplikasi Al-Quran

 

Dengan adanya aplikasi Al-Quran di dalam telefon pintar masing-masing, membaca Al-Quran itu menjadi lebih mudah tanpa perlu membawa mushafnya kemana-mana.

Kini, Al-Quran boleh di baca di mana jua anda berada. Tiada lagi isu terlupa atau Al-Quran itu tidak mampu dibeli kerana mahal harganya.

Bukan itu sahaja, pembaca juga boleh memilih dengan mudah surah yang mahu di baca tanpa perlu menyelak helaian kertas. Hanya klik di hujung jari, semua mudah untuk dicari.

 

2

 

Bacaan akhir juga boleh di tanda dengan mudah. Apabila bacaan Al-Quran mahu diteruskan, ada sesetengah aplikasi akan mengeluarkan kotak pertanyaan ‘Adakah anda mahu pergi ke bacaan terakhir?’

Aplikasi Al-Quran juga mempunyai terjemahan ke dalam pelbagai bahasa. Tidak perlu belajar bahasa baru.

Antara tarikan utama ramai yang memuat turun aplikasi ini, ialah mereka dapat mendalami maksud membaca Al-Quran itu sendiri. Kadangkala, membaca dalam Bahasa Arab, maksud yang sebenar tidak sampai ke hati.

Kebanyakan aplikasi Al-Quran yang ada hari ini, memberi pilihan kepada pembaca untuk memilih Qari kegemaran mereka.

Alunan merdu dan lunak suara imam-imam besar di Masjidil Haram membaca Al-Quran juga terdapat di beberapa aplikasi yang boleh anda pilih dan muat turun secara percuma hari ini.

Betapa besar peranan teknologi jika digunakan dengan baik, ia menjadi manfaat kepada semua.

 

phone

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

~ Surah Al-A’raf ayat 204

 

Keburukan Aplikasi Al-Quran

 

Namun, penggunaan aplikasi Al-Quran dari telefon pintar, ada kekurangannya.

Pertama, tiada lagi guru atau tenaga pengajar yang ada di samping untuk membetulkan tajwid bacaan seseorang.

Untuk mereka yang kurang mahir dalam mengenal huruf apatah lagi tajwid, kebarangkalian membaca dengan salah itu sangat tinggi.

 

alq4

 

Menurut Prof. Dr. Teungku Muhammad Hasbi ash Shiddieqy:

“Mendengar dan memperhatikan (menyemak) bacaan Al-Quran ketika sedang dibacakan oleh orang adalah wajib, termasuk juga mendengar dan memperhatikan bacaan Al-Quran dari radio atau tv.”

 

Ini penting kerana bacaan yang salah, akan membawa maksud yang berbeza. Bacaan Al-Quran yang baik pula, mampu mengurangkan kesusahan dan menenangkan jiwa. Ia dua tujuan yang perlu dicapai dalam satu bacaan sehari anda.

 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

~ Surah Al-Anfaal ayat 2

 

Kedua, penghasilan mushaf secara bercetak juga kadangkala terdapat khilaf pada susunan ayat-ayat Al-Quran.

Apatah lagi, di aplikasi teknologi hari ini.

Penghasilan aplikasi ini juga tidak pernah terkecuali, melainkan ia telah disemak oleh alim ulama yang berpengalaman tinggi. Jika tidak, kesahihannya masih boleh diragukan.

Kemampuan aplikasi ini mempunyai terjemahan dalam pelbagai bahasa juga dipersoalkan.

Apakah terjemahannya menepati intipati Al-Quran itu atau sekadar ‘terjemahan langsung’?

Ketepatannya boleh dipersoalkan.

 

alq3

 

Namun, ruang kesilapan ini masih boleh dibetulkan dari hari ke hari.

Manusia itu tidak sempurna. Ambil yang positif sahaja, sesungguhnya, penghasilan aplikasi Al-Quran ini banyak membantu usaha manusia meningkatkan ibadah pada Yang Maha Esa.

 

“Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. ~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

 

Baca juga: 10 Aplikasi Alquran popular rakyat Malaysia!

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian