Seronok untuk saya kongsikan manfaat dan kebaikan kalau kita mengamalkan dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah.
Terdapat sebuah hadis daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam Al-Quran terkandung seribu satu rahsia bagi sesiapa yang mentadabburnya dan sentiasa melaziminya dengan membacanya.
Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran.

Ada disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya hadis ini terbahagi kepada beberapa makna iaitu :
- Umpama cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
- Sudah seperti membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
- Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
- Terselamat daripada segala keburukan.
- Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
- Menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
- Cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

Banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang membaca di waktu malam dua ayat yang terakhir dari surah al-Baqarah ini.
Hadis ini juga bersumberkan daripada hadis yang sahih dan pastinya benar dan tepat.
Dan semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang cintakan Al-Quran.
SUMBER : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan