Kenapa Ayat Ini Disebut Sebagai Ayat 1000 Dinar?

Mesti semua pernah dengar ayat 1000 dinar kan? Biasanya kita akan baca ayat ini bila rasa takut atau diganggu makhluk halus.

Namun tahukah kita ayat ini mempunyai kisah disebaliknya?

Kenapa agaknya ayat ini dipanggil ayat 1000 dinar?

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎

Pedagang itu diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar.

‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar.

Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak seribu dinar, seperti yang diperintahkan.

Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir.

Lalu Nabi Khidir pun mengajar pedagang ‎itu ayat 2-3 Surah At-Talaq untuk diamalkan.

Pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal.

Semasa pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat.

Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakal kepada Allah SWT.

Pedagang itu juga membaca ayat yang telah ‎diajarkan oleh Nabi Khidir.

Kapal yang dinaiki pedagang itu pecah dipukul ombak dan semua ‎penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut.

Apabila angin telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.

Beliau sangat bersyukur kerana Allah telah menyelamatkannya.

Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Pedagang itu tinggal, berdagang dan juga berniaga di negeri tersebut.

Dia masih lagi mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut.

‎Begitulah kisahnya, sekarang ayat yang diajar Nabi Khidir ini digelar sebagai ayat ‎‎1000 dinar.

KELEBIHAN AYAT 1000 DINAR.

‎1. Dimurahkan rezeki yang sangat tak disangka-sangka.

2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah.‎


‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎


‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Kalau kita tahu kelebihan ayat 1000 dinar ni sudah pasti kita akan amalkan untuk amalan harian kita.

Ayat ini juga membuktikan yang manusia memang memerlukan pertolongan daripada Allah SWT tak kira apa jua.

Inginkan cerita-cerita yang menarik? Klik disini.

Sumber : almukhlisin

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian