Kenapa Basmalah Tidak Dibaca Di Awal Surah Taubah?

Mesti anda pernah dengar fakta berkaitan nak baca surah Taubah tidak perlu mula dengan Basmalah. Tapi kenapa ya? Apa hujahnya?

Saya akan kongsikan jawapannya kepada anda semua yang masih keliru dengan fakta dan hukumnya.

Kita dilarang membaca Basmalah di permulaan surah ini kerana Rasulullah SAW tidak memulakan surah ini dengan Basmalah. Jadi kita perlu turuti apa yang Rasulullah SAW buat.

Dalam hujah Saidina Ali R.A ada menyatakan kenapa surah ini tidak dimulakan dengan Basmalah yang bermaksudnya :

Ibnu Abbas bertanya kepada Ali bin Abu Talib, “Mengapa tidak ditulis Basmalah di permulaan Surah Taubah”? Saidina Ali R.A menjawab, “Ini kerana Basmalah itu keamanan sementara surah ini diturunkan dengan pedang. Tiada padanya keamanan”.

Berdasarkan hadis diatas, apa yang diperkatakan oleh Saidina Ali ini benar. surah ini diturunkan selepas berakhirnya Perang Tabuk.

Surah ini juga digelarkan Surah Fadhilah (pembuka skandal) kerana kandungannya banyak membuka aib dan sifat buruk orang munafik.

Ia juga digelar Surah Saif (pedang) kerana ada banyak seruan perang dan jihad didalamnya.

Dalam surah ini kebanyakan berisi amaran, peperangan dan penolakan jelas antara muslim dengan kafir.

Contoh Surah Taubah Ayat 5

‘Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.

Tidak mungkin Basmalah kalimah yang suci ini boleh bergabung dengan kemarahan seperti contoh di atas ini?

Walau bagaimanapun, tidak bermaksud surah ini tiada unsur kelembutan. Jika diteliti, surah ini bermaksud ‘taubat’.

Disebalik kemarahan Allah SWT, Dia masih ada kasih sayangNya melalui pintu taubat yang sentiasa terbuka.

Dalam surah ini terdapat 17 perkataan yang berkaitan ‘taubat’.

Kesimpulannya, kita harus memahami setiap makna ayat ini supaya kita dapat ketahui apa yang Allah SWT cuba sampaikan kepada kita semua.

Bagaimana nak faham maksud kalau tak pandai nak mengaji? Nak mengaji tapi malu nak belajar ramai-ramai? Nak kelas secara individu je?

Jangan risau kami di Celik Al-Quran bersedia membantu anda klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian